Saturday, December 19, 2009

bila mana Islam turut diredhakan...

moga-moga ALLAH jadikan pagi ku cahaya..

zohor ku gembira…

asar ku bahagia…

magrib ku keampunan…

isyak ku keberkatan…

dan doaku tidak ditolak

serta diluaskan rezki ku

dan ianya tidak di ambil balik..

dibukakkan bagiku pintu syurga tanpa sempadan….

pengalaman lepas sbg panduan

serta azam baru sebagai hala tuju ke arah KEJAYAAN~


************************************

..."gemganlah kitabullah dan sunnahku!"...
dua pusat membentangi iman...
bila man islam turut diredhakan...
al-maidah menutup pertanggungjawaban..


...resah dalam cinta
menanti tanda berakhir mesra
kerana sesuatu tak akan kekal di garis mula...


-salam maal hijrah 1431-
201209,11.55am

Saturday, December 5, 2009

hari raya-aidiladha.haji.korban...

...saat berderai jatuh titisan airmata suci Ibrahim, melihatkan keteguhan iman anaknya Ismail...dikala itulah bermulanya sejarah agung erti sebuah PENGORBANAN...

*******
berkorban adalah tanda syukur diatas anugerah ALLAH s.w.t yang tak ternilai banyaknya walaupun teramatlah kerdil berbanding dengan apa yang diperolehi...


salam aidiladha....

---------------------------------------------------------------------------------------

fuhhh...sadis gilew xley blik raya kat kampong...hmm..sayu wei..tetibe dgr takbir kat masjid...sob3...sedey..sedey tahap ultraman xleh nk slamat bumi!hukhukhu :(
hm...tp raye tetap raye.. sempena raya korban ni...aku kne berkorban jg..wlaupn aku korban haiwan..at least aku berkorbn...

nk wt gane...tp kn..seyes wei..ni 1st time aku raye kt ganu..kt teratak atap rumbia uma aku atau dgn name yg agak miskin,dkt bangsal bruk....laen la raye cina ngn raya keling...lau raye tu..aku sudah terbiasa di sini..mg tau nape?! hohoho..

abes tu..nk buat2 xsedey di hari raya..amek r gambar...
wajah2 redha...huuuuu~






Monday, November 23, 2009

aku yang ditinggal atau aku yang tertinggal??

Bongek! Bongek! Bongekkk!!! Sekali lg, B O N G E K!

Apa salahku? Apa salah ibuku? Diriku ditinggal begitu….

“ perhatiaan kepada smua penumbang bas Tranasional utk laluan KL – jerteh – kota bharu, bas akan bergerak pada pkul 9.00 mlm. Bas sudah berada di terminal.”

“perhatiaan kepada smua penumbang bas Tranasional utk laluan KL – k.terengganu, bas akan bergerak pada pkul 9.00 mlm. Bas sudah berada di terminal.”

“perhatiaan kepada smua penumbang bas mutiara utk laluan KL – kota bharu, bas akan bergerak pada pkul 9.30 mlm. Bas sedang berada di terminal.”

Lbey krg begitu la announcement di buat.Bising betul la!bingit! agak hingar bingar keadaan di hentian putra saat tu…ada yang busy cari bas..ada yg duk sibuk bli bekalan…mentos,clorets,dentyne,air mineral…mcm2 ag r…nk wt makan dlm bas la kononnya nanti..tp aku tak pikir diorg makan sgt pn..tido je lebey..tau2 la mlm2 dgn sejuk aircond yang menyengat yang jg mampu menambah suhu pemanasan global! Hah! Ambek ko!

Transnasional! Transnasional lagi!! Sesekali bas mutiara dapat name. tasik kenyir mane? Ape dia ingat glemer sangat ke name die tu? Aku nk blik juga la wei. Aku pn ada kampong jg! Walaupn kmpong aku xglemer dan xda dalam peta dunia, tapi nama kampong tu bley dikatakan hebat jg bla ditranslatekn dalam bhasa orang putih ni.. Ara Hill Village…

Arghh..itu tak penting..yang penting mane bas tasik kenyir aku? Aku spatutnya naek bas pkul 9.00mlm. skrg da nk pkul 9.00. lbey krg pkul 8.50 da..aku g la jg usha2 n tgok2 bas kt terminal tu..jgn kan bas, tayar bas tasek kenyir tu pun aku tak nampak,. Yg aku nmpak trans,trans, transnasional! Besar2..tinggi2 plop tu! Adehh!

“tak dop la wei…manenye?xkan xmari lg? ke aku kne tinggal?” aku masuk kt tmpat mnunggu tu n trus gtau kat kawan2 aku.
“kalut la mu ni nurul..relek la..adanya tu.x mari lagi kot” saje je mctie kate gitu ..nk tenangkn aku la tu.

Kalut?nampak sangat ke muka aku ni kalut?owh,tidak! Atau dia Nampak muka aku agak chanteq bila kalut sebegitu…dan lalu menegurnya…kuang3!..

“oi,nurul!xnaek bas lagi? 9.05 da ni..” tetibe hanim yg datang dari bli blah di KFC bsama fatin tgur aku.
“bas dia xmari lg…” dop dan aku jwb,muni plop rajin nk jawab.aku biar je la..
“ jom, g tanya kaunter tiket.” Aku terus tarik tgn hanim skali ngan badan2 dia aku heret teman aku g kat kaunter tu…

HAH??!! Skali lagi aku ulang, HAH??!!

“ha a…bas tu baru je gerak tadi..” kata lelaki si penjaga kaunter yang bertahi lalat di bibirnya itu..tp aku kurang pasti coordinat sebenar tahi lalatnya itu. Di atas atau di bwh bibirnya. Huhuhuhuhu. :P

TIDAKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!!!

Pengumuman..pengumuman..siapa yang dengar…dengar aku…aku yang kena tingal…kene tinggal macam ngekkk ngokkk..

Hm…lepas aku bla..bla..bla… ape smua ngan lelaki si penjaga kaunter yang bertahi lalat di bibirnya itu bersama beberapa lg ulat2 yg ada kat situ,maka dengan ini,mereka mengisytiharkan bahawa bas tasek kenyir yang aku sudah aku bli tiketnya tak akan kembali lagi untuk mengambil aku!

Hwargggg!!! Aku tau la aku ni tak glemer…tp bley je pon klau nk u turn jap amek aku…bukan jauh sgt pn tlepas.. 10-15 minit je pn..tidakkkk!!!! dan,dengan ini, untuk julung-julung kalinya dalam sejarah hidop aku,aku ditinggalkan! Ditinggal plak ngan bas! Huh! Sekali gus aku yang baek hati ni telah menabur bakti kepada syarikat kenderaan tersebut dengan ‘mendermakan’ sebanyak RM40.70 tanpa mendapat ape2.. at least aku ingat bley la masuk tv ke, ape ke…mcm syarikat beras faiza yang sokmo derma kt Bersamamu TV3 tu! Tp, hampeh!

“meh, kite g cari tiket laen ea…jom try tgk bas Sani” itu saranan yang si muni bg..aku yang malas da nk kte ape tambah ngan kesedeyhan yg agak menggunung,ikut je muni tu cari tiket.. n finally,naseb aku agak baek mungkin jg sbb aku juga budak yang agak baek,tiket mlm tu untuk bas jam 10 mlm maseh lg ada. Dan skali lagi aku telah menabur bakti kepada syarikat kenderaan Sani Express. Aku merelakan saja RM40 aku ke tangan kakak jelita penjaga kaunter itu mengambil duitku itu tanpa segan silu..


hui,melayang lgi lorh!RM40 utk business class ticket gtu...hohoho (+.+)

Aku call ayah aku mmbritahu apa yang terjadi ape smua termsuk la aku akan brtolak lambat....hm…tak semena-mena jg aku kne cuci sebakul dua oleh ayah aku..hal ini demikian kerana aku tertinggal bas la ni.hampeh! dengar je la aku…kuang3! Basso ea! (-.-)

“sabar la nurul” fatin saje jew kata mcm ni kat aku..aku tau..disamping dia menenangkan hati aku,dia jga menenangkan hatinye.al maklumlah, xbley blik kg awal.terpaksa g kursus! Wakakaka.ni la pkataan yang biasa manusia guna bla sesatu benda yang kita tak nak jd,dia terjd…Kalau tak ‘sabar la’,pkataan laen yang diguna ialah ‘relax la’…sama makna je tuh!
“mana tau nape2 jd ngan bas tu…sbb tu r mu tak TERnaek bas tu..tuhan hijab tu.”waaahhh! begitu diplomasi kwan aku yang bernama fatin itu berhujah.katanya lg, setiap yang blaku ada hikmahnya. Hah, ambek ko!
*****************

Hm…bas da dalam terminal..get ready ape smua..salam2 n say good bye pada orang yang blik lewat,then aku ngn muni menuju ke bas untuk meneruskan perjalan kami ke kampong halaman,Ganu kite!
Btw, selamat jalan semua! Popoye~…

-pengumuman tentang aku ditinggalkan atau aku yang tertinggal-

Saturday, November 14, 2009

Kasih DIA. Cinta dia. Sayang kamu. (ll)

Sekali lagi persoalan itu berlalu pergi……huh! Dia mengeluh. Kosong. Padangan dia kabur. Manik-manik jernih mengalir lagi. Syahdu.
Kali ini dia berasa benar air matanya begitu murah… seperti tidak ada nilainya lagi. Terlalu murah. Inflasi. Dan ini pastinya kerana kamu. Tuhan, tolonglah dia.

Kenapa dia??kenapa perasaan ini harus ada?? Fitrah?? Huh! Dia mengeluh lagi.
Ah,persetan saja perasaan itu!!
Jeritan itu…Dia keliru. Antara jeritan saiad atau hasanadnya.

‘’ menyayangi dan mencintai seseorang itu dengan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiannya tanpa pengetahuannya dan orang lain adalah satu jihad!’’

Teringat dia tentang bicara ini dari ustaz ustazah bahkan dari sahabatnya juga.
Tapi…betul ke? Berjihadkah dia?? Mudah-mudahan….

‘sesiapa yang jatuh cinta kemudian menyembunyikan cintanya hingga kematian menjemputnya,maka dia adalah seorang yang syahid.’ (riwayat hakim,ibn asakir,al-dailami,dll)

Dalam dia mejalani hari-harinya yang sepi tetapi tetap bererti disisi sahabat sejati. Nota kuning itu tersingkap dengan bait penuh makna yang pernah dikirim daripada sahabatnya untuk dia.

Bila engkau memandang segalanya dari tuhanmu, yang mencipta segalanya, yang menciptakan ujian, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu,yang membuatkan keinginanmu terhalang,serta menyusahkan hidupmu,pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia…bukan Allah tak tahu betapa deritanya hidupmu,luluhnya hatimu,tapi mungkin itulah yang dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebegini yang selalunya lebih tersentuh,mudah untuk bertautan dan lebih mesra denganNya apabila kita sentiasa bersabar…

Sahabat nun jauh…

Ada getaran pada jiwanya saat dia membaca bait-bait ayat itu. Ingantan dia bertaut kembali mengenangkan kamu. Ingatkah kamu kepada dia? Tiadakah perasaan mengingati kamu kepada dia?? Walau sekelumit??

Eloknya peribadimu merabunkan mata batin dia dan dia juga sedar, dia harus berpaling dari mimpi ini. Apa yang dia dambakan Dalam dunia kamu yang berbeda dari hidup dia? Terpikirkah oleh akal dia Untuk dapatkan cinta yang sejati yang pasti bukan dari kamu? Terimalah seadanya wahai akal yang waras!

Ya ilahi.. kasihanilah hambaMu yang lemah ini. Engkau Maha Tahu tentang apa yang menimpa diri ini. Aku tak ingin kehilangan cintaMu. Namun Engkau juga tahu bahawa hatiku juga tak bisa mengusir pesona seorang makhluk yang Engkau ciptakan. Ilahi, berikanlah aku cawan kesejukan untuk ku letakkan embun-embun cinta yang menitis dalam dinding hatiku ini. Ya Rahman, tuntunlah aku sekalian langkahku pada jalan takdir yang paling Engkau redhai. Sesungguhnya aku serahkan hidup matiku hanya padaMu. Tuhan, andai hidupku ini lebih memberi kebaikkan untuk semua, maka Engkau panjangkanlah usiaku…tetapi, andai mati itu lebih baik untukku, Engkau matikanlah aku dengan RahmatMu..

Demi cintaNya dan cinta kamu dia berdoa. Besarnya kuasa cinta..tapi sajauh mana?

‘maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?
(surah ar-rahman)

Tuesday, November 10, 2009

rintihan rindu.simpati.

Ku pinjam cebisan lirik ini.

Rintihan rindu ku hamparkan kepadamu
Ku inginkan sebuah kerinduan
Kerinduaan yang telah ku tunggu dulu


-the fasters-

Ada makna dalam bicara itu.mampu menggetarkan jiwa aku untuk simpati pada kamu.tolong jangan buat aku simpati sama kamu lagi.aku tidak kejam.aku juga bukan kejam.tapi simpati ini aku tidak harus beri untuk kamu. Aku tidak mahu aku suka kamu kerana aku simpati sama kamu.

Tp…hati ini sangat lembut.mudah untuk menerima simpati. Nyanyian yang dilagukan itu mampu meraih sedikit sebanyak simpati aku untuk kamu. Sekali lagi, tapi…kamu perlu tahu, simpati aku bkan bermakna tertumpahnya suka aku utk kamu. Maaf untuk itu!

*********************

“kamu jgn menangis ya”, itu kata aku untuk dia. “pasti ada hikmah dia pergi. Perginya pn bkn kemana kn”.senangnya aku berbicara begitu pada kamu. aku tidak ditempat kamu.tp,Aku faham perasaan kamu. Aku juga sama seperti kamu. Punya rasa sedih. Aku tidak menangis kerana aku adalah akar bagi kamu kamu saat ini. Namun, tetap saja hati aku menangis hiba. kamu kawan aku. Jatuh juga air mata aku dibelakang kamu. Harap kamu tidak tahu. Aku perlu jadi tabah dan gagah di hadapan kamu. Juga di sisi kamu.

Kamu pantas saja merindui dia.sebab dia ayah kamu kan.. rinduilah dia. Dan teruslah merinduinya. Itu yang sepatutnya. Tak ada batasan pun antara rindu kamu dgn dia. Ya, walau kamu dan dia di alam yang berbeza. Kamu harus ingat, hati dan jiwa kamu tetap bersua… tidak kira kamu di sini dan dia di atas sana. Kita ada yang Maha Esa. Doa kamu dapat mengiringinya untuk mengkhabarkan rindu kamu kepadanya.

Kamu mesti ingat itu!

-rindu kamu pada ayahanda..dan aku simpati dgn kisah kamu-
01.01am101109

Saturday, November 7, 2009

aku belajar melalui itu.teratak itu.

hari ini aku blajar...blajar lagi tengtang hidup.aku belajar melalui sebuah teratak ini.saat aku pertama kali mengungjungi teratak itu..aku jd sedar lagi tentang kehidupan.sekejap sahaja.aku jadi jatuh hati dengan isi teratak itu.kenapa?aku sendiri tak mengerti.seperti ada daya tarikan magnet dalam teratak itu.membuatkan aku terasa ingin lama di situ.

ya,aku pasti datang lagi!mudah-mudahan...

benar.untuk jatuh cinta pada sesuatu mmg memerlukan masa yang singkat.tp bagaimana untuk terus menyayangi nya?itu perlu masa.dan itu yang aku baca dan timba.lalu wajah mengekspresikan diri.jari jemari ligat liuk lentok mengetap sang keybod.fikiran juga terus terpasung mecari kata madah untuk dicipta.

sejujurnya,aku tidak mengenali siapa penghuninya.sangkaanku pasti penghuni teratak itu seorang yang sangat berjiwa.lihat dari gayanya,sedikit sebanyak aku mengaguminya.kagum melalui teratak yang aku rasakan berada di dunia yang berkongsi smua rasa melalui satu jiwa bercinta dengan rahmat-Nya.

aku belajar lagi.ya,melalui teratak ini.punya isi tersurat yang sangat bererti.aku jadi diam menyepi.mengagumi teratak berpenghuni tapi tak menjelmakan diri..

terima kaseh untuk teratak itu sekalian penghuninya.aku akan datang menjenguk lagi.untuk mencari apa yang patut aku ketahui.yang pasti, duduk letaknya bhampiran landasan kereta api....

bila aku sendiri. +.+

byte demi byte...satu..satu... makan... ralit plok aku duk makan byte ni...baru sedar yang mknn ringan bernama bytes ni best..

facebooking....hurm~
angin kuat kat luar sampai langsir kat blik ni pun jadi mcm sayap superman da...
haa??! tinggal satu je lagi bytes aku! makan. habis..

gung!!! ptir kat luar bdentum.kuat.sangat kuat...takutnya aku..tp entri ni perlu dteruskan..lalu aku pasang batery laptop n tutup plug...
angin juga xsegan bemain-main di sekeliling aku..membuatkan aku terasa agak sejuk..

kesunyian...
bila fatin akan sampai ea? hurm katanya tgk movie kat times square ngn kwannya. hanim jg xda.pegi uma yong.esok balik.mctie g IPIS jumpa kwnnya ika.jg balik esk. muni jg. pg umah che ngah kat nilai.juga esok balik. aku?? kat blik ja r...diorang ajak jg kluar tp aku plih utk duduk umah ja..mlas la..alasanya nk study..tp,hampeh! xda maknanya aku study...hohohoh=.=

aku sbnarnya malas sgt nk pg kuar..lg pn,umah ni perlukan aku untuk dikemaskan...besela..aku perlu menggaji dri sendiri utk mnjga kbersihan uma..langsung ilang kan bowink bla wt keje alah ni..ak x kuar tu xtau knape.sbb tu bkn ak.woah!

hm..tetiba bowink tahap cicakman lg.. usha blog org..
bila la ea fatin balik?hujan nih.. td aku ad mcg,ktanya msih d ts.. oh..satu lg..believe it or not?! spanjang aku kt KL ni..aku x penah lg tgk movie kt panggung!ye..xpenah lg tgk wayang..ha ah..percaya la...lalalala~
aish! nope! bkan! bkan aku kolot la.. thats not me.. tak tau knape.. aku agak x selesa la..hm..mungkin satu ari nanti kot..mungkin.
pepe pn..aku smpat bg p/s kt dia,si fatin tu..

--take care! skalian blikn aku wafel yupt! jgn lupa topup!

tummm!! skali lgi petir menyambar! argh..aduh seramnya!. aku baru sedar.. petir di KL ngan petir kat kampung aku sangat berbeza..sbnarnya da lama sedar..sejak aku mendengar gruh pertama di KL ni..huhuhu..
[releks2..sikit lg ni..entri ni..]

tp...
aku masih bley dgr lg suara orang bersorakan kat kdai mamat kt bawah sana wlau dlm ujan ptir ni....
hurm...patut la..ada plawanan bola rupanya... itu kata adik aku mase aku ym dgn dia kejap td...

kilat trus memancar-mancar kt lua..tp msh bleh dilihat dari dalam bilik aku ni... sekalian hp aku bebunyi.. 1 msg receiced.
ni tanda untuk aku stop dlu...jumpa di entri yg laen...
kilat trus cmburukan aku utk ini.huh! aku syg wei laptop aku..xnk currentkan nya.
ok!

-kisah aku sendirian-
9.45pm071109-

Thursday, November 5, 2009

Saya hargainya okheye!ok!

Yeayy!! Yeayyy!!

That’s the way I’m apreaciate that ‘thing’. That’s how I’m appreciate you that nite..
but, why you didn’t notice it?? yupT! Im appreciate that ok!

-receive love- Thank you! Very much! -.-

And a lot of sorry…the morry… sorry the morry ok!

Hope u ikhlas reiceved my love a.k.a menerima ucapan terima qaseh saya. :P

Tak tahu kenapa..tetiba malam tu emosi agak tegang..sensitif. bulan mengambang mungkin. Bintang kat langit pun mcm nak maen hide and seek je.. sembunyi dan tak terlihat.  First time jd mcm tu! Tak tahu kenapa. Aku pun tak paham. btul2 drastik keadaan tu blaku. Woah! Unbelievable! hm…

Tp…finally, keadaan itu mla stabil bla aku cuba untuk mengawal baik kembali keadaan tu,.. fuhhh!!! Lega!puas!suka! dia dh tegur aku mcm biasa. Takut dan bimbang aku da hilang sikit. Emosi aku da mula stabil.aku mmg btul2 puas!...sebab dia KAWAN aku!

Btw, terima qaseh ya kawan-kawan. Kerana kamu, aku dapat menikmati itu. Ya itu..tahu apa? K F C. yupt! Benar. Itu.. Kentucky Fried Chicken tu… especially to you…kalian semua. F.H.M.M.

-kisah aku bersama kalian…-

12.17am271009

Sunday, November 1, 2009

Kasih DIA. Cinta dia. Sayang kamu. (I)

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Engkau Tuhan sekalian alam
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang
Yang Menguasai Hari Pembalasan
Kepada-Mu kami sembah dan kepada-Mu kami memohon pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan-jalan yang Engkau anugerahkan nikmat
Bukan jalan orang-orang yang Engklau murkai
Dan bukan jalan orang-orang yang sesat…

Perkenankanlah~

Tasbih cintaku telah terhenti…
membawa ayat-ayat cinta jauh dari hati…
Dan demi kasih-Nya Aku rela melepaskan…
kerana aku tahu aku bukan untuknya…
Dalam sujud,
kan ku temui diri-Nya…
kekasih agung…
untuk kesekian kali aku rindui lagi…
.

*****
Gerimis senja datang lagi bersama bayu sepi dihati. Dia menyentuh lembut mutiara murah berjuntai di pipi. Sayu.
Kata pujangga, ‘’ yang patah tumbuh, yang hilang berganti.’’
Arghh!! Kau tu pujangga saja! Kau apa tau tentang aku??? apa kau pikir yang tumbuh tu sama? yang berganti tu serupa??! Jerit batinnya.
Seperti bodoh dia mencela Si Pujangga yang setiap bait madah darinya berbunga-bunga. Sedangkan dirinya siapa? Langsung tidak ternama seperti Si Pujangga yang boleh disanjung dan dibangga-dibangga!

Sudah lama bayu malam tak bertandang..
Menyapa membisikkan kata rindu untukku..
Malamku bertemankan sepi di tangkai hati…
Sepi dan sepi sendiri…
Kelam tak bererti…
Bayu sepi itu hadir mendayu..
Mengalunkan kata rindu tak berlagu…
Sendu dalam syahdu…


Dia menatap dada langit nan biru bersama kepulan putih awan bak gula kapas. Tenang. Mega. Sang suria galak melempiaskan cahayanya taat menjalankan amanat Pencipta untuk menerangi seluruh alam bumi. Nostalgia pertemuan bersama kamu menggamit kembali. Indah dan segar. Manis sekali saat itu.. subhanallah..dalam diam dia bertasbih memuji Pencipta, memuja zat Yang Maha Kuasa.
Penanya galak menari -nari diatas hamparan warkah kumal putih bersih itu. mencoretkan madah-madah dari hati untuk diabadikan menjadi diari peneman setiap detik sepi.

Laskar hidup penuh kenangan
Indahnya pertemuan dalam berteman
Waktu tetap inginkan perpisahan
Dengan hati ini berat melepaskan
Namun hati ini tetap merelakan
Sentiasa mengabadi indahnya kenangan
Biarpun dirimu jauh berdampingan
Sungguh…..
Dirimu tetap di hatiku.


Hadir kamu tidak dia pinta. Kamu ketuk sukmanya saat dia dalam gelita. Tercari-cari cahaya cinta Sang Pencipta.. lalu.. kamu pergi tanpa kata untuk dia. Saat dia masih lagi tergapai-gapai dalam mencari kasih hakiki Si DIA.

Kenapa??

Kenapa singgah kalau tak masuk kedalam hatinya?

Hm… hadir kamu tak dia undang. Jadi kenapa pergimu hendak dia halang?? Desis hati kecilnya.

Dia sendiri benci! Persoalan hanya tinggal persoalan.. dan terkadang, bahkan acap kali saja soalan akan dijawab dengan soalan! Tak paham. Sangat tak paham.

Buat yang kesekian kalinya, fikirannya terus terpasung. Wajah kamu hadir lagi mencuit kamar memorinya. Iktisar saat-saat bahagia datang bertandang jua. Detik itu dia dapat merasai harumnya narwastu peribadi kamu.

Ah,indahnya!Tapi… siapa dia untuk bergandingan dengan kamu?? Layakkah dia menggamit keindahan itu tanpa keizinan kamu? Siapa dia?? Dan kamu…….

Friday, October 23, 2009

i.k.h.l.a.s...ikhlas.

ikhlas.

itu yang utama.

sungguh...aku tidak ikhlas menerima situasi aku hari ini.
aku tidak ikhlas menerima kondisi ini.
aku tidak tahu apa dan bagaimana itu ikhlas...

untuk itu...

aku perlu kamu.
kamu semua...

tolong..
tolong..
jangan tinggal aku sendiri.

aku buntu kamu...ya,kamu smua!

-aku perlu ikhlas untuk ini-

hujanrenyai-renyai dipetanghari...

Wednesday, October 21, 2009

tolong aku please...

T.O.L.O.N.G!!! tolong aku! mana sumua super hero yang ku dambakan?
datangla pada ku...kau ku seru.. superman! ultraman! keluangman! cicakman! tiongman! batman! tolongman!!! mana kamo smua? sdah pencen ke kamu? atau bersara? atau dibuang kerja? encik PAPAYA mana?
meh tolong aku! mr muscle?? mana ubat rajin utuk ku?pleeeeaaseeee.....aku perlu itu..
exam coming soon.just a few days! smua orang duk study.aku?? steady je..duk tggu bulan jatuh keriba.tunggu super hero datang membela. xtau sampai bila..

hingga......
dia ni yang ku jumpa...bersama 2 lagi temannya..


lalu aku bertanya dia yang bersayap hitam tu,(nmpak mcm tough)
"boleh tolong aku?"
tapi dia diam tanpa kata.aku langsung tak terkesima.bukan salah dia.sebab dia bukan nyata.mmg dia super hero yang agak berwibawa..tapi dia hanya rekaan cuma..rekaan manusia yang biasa. spt aku juga.cuma manusia itu lebih bijak n kreatif dari aku yang tidak.[mungkin la=.=]

jd harus bagaimana ni?siapa mahu membela aku? oh, itu! aku igat Dia yang SATU.aku punya Kamu. knapa tidak kepada Dia ku mengadu?
Ya Tuhan..Aku mohon,berikan aku sedikit kerajinan untuk ku teruskan apa yang perlu ku lakukan.sungguh,Engkau lah Tuhan yang Maha Penyayang dan Pemberi rahmat.. (-.-)

tolong aku..please ya...
aku keliru,antara hati atau akal yang memberi pesanan ini:
rajin-rajin ya~


12.33am221009
-aku punya cerita utk kesekian kalinya-

Sunday, October 4, 2009

aku berjalan...melihat...dan mentafsir...

Aku melihat…berjalan… dan mentafsir………….

**************

Lebih krang pukul 11am. Teksi yang dipandu oleh pemandu teksi itu trus meluncur menghala ke lrt cheras sebaik saja kami g tau destinasi kami. Kami tggu lrt untuk ke bandaraya..buat apa? Shopping kat sogo untuk depavalli. Kan kita skrg 1malaysia…heheheh.. hm, sbetulnya tidak. Kami g saja 2 untuk window shopping..hilang bosan..dan lari dari kemas umah..hahahah.maaf ya mem!:)
SALE! Cheetah..wow! hahaha…duit mengalir macam air la kali ni.. dan pen’shopping’an kami berlaku selama 10 jam! Huh! Betul2 gila kali nih.. dari pkul 11am smpai lbh krg atau hampir pkul 10pm! Btul2 gilak!1st time kami buat keje mcm nih.. duit melayang hmpir rm400! Banyak bagi aku dan mungkin atau memang itu satu nilai yang sikit bagi anak pengusaha ‘kaya’ cap kipas udang. Yang mana rata2 rakyat Malaysia menggunakan kaya tersebut untuk makan ngan roti.…Lalala~


hurmm..sebhagian pitis aku mlayang disebabkan brg2 ni!

suku dr duit aku jg mlayang sebab kasut ni..[kasut baru..bau kdai lg au..=p]
bajet je kan x buang harga lagi..ni ada kes nk mnunjuk ea..
hahahahha.suka ati aku r...tp aku bkn nk mnunjuk okeyhe!


****************
……manusia berkepala hitam ni ramai…kamu termasuk yang hitam..dan aku berkepala ungu…ini, disini…baru kat sogo…klau kat padang masyar apa mahu kata?? Gmana harus aku mencarimu? hutangmu mungkin lagi bersamaku…[dan-dan je..] mujur ada talian hayat untuk menghubungi mu disini…where are you fatin??huh!

Adoiyai…dlm tu pon bleh plop ak sesat dan terpisah dari kawn aku tu! Tolong la…bolloq sangat rase… eishhh….

disini.....aku sesat..seORANG~ hohoho:/

---ini kisah aku hari ini--- 1.59am020909

Saturday, October 3, 2009

malam yang gelap.

2.59 am..dah la tuh! Jap la..Tidolah! Tak ngantuk lg… giler! Bakpe plop?? Lewat dah ni..Aduh! Tgk…. –muni lena tido mungkin mimpikan ustaznya ^^. Fatin pun sama..tak mustahil dia nampak
Bulan
…atau mungkin bjumpa bulan di kayangan..^^. Mc tie n hanim kat bilik..mungkin juga dah terbang..aku tak g cek lagi kat bilik..

aku apehal?? 2 3 hari ni.. bleh stay malam ni.. ada kemushkilan di situ.. tapi apa ya?! Insomnia? No no no..tu bkn thap aku lagi…hurm..Tak ku tahu jawapannya,.. yang pasti mata ku tak nak tutup..dan aku blom ngantok… hm.. tak pe la..esok kan cuti..cuti buat sendiri…hahahah..[hanya aku n clasemate aku je yang tau.] tak perlu aku cerita. Tp jgn pikir itu ya! Kami bkn pemonteng! Gerakan kami adalah ‘sifar ponteng’ okheye??!
Aku tgh tengok citer sbenarnya…cerita tanpa suara.. cerita ape??
Biase2..talentime..-ok,best…pastu ak smbg ngn citer power kids- will be continue…tetibe…. Hanim kuar nk g ke dapur…minum kot..sekalian tgur aku-

Hanim: dop tido lg?
Aku: geleng kepala[malas nk jwb,dh tau aku tak tdo lg..tya soalan yang da tau jawapannya..]
*hahahahah..bolloq la mu ni hanim…^^
Hanim: wat gapo?
Aku: muncung mulut tunjuk laptop..
Menyampah kot dia kt aku cakap mcm ckap ngn org bisu..lalu apa lg?? masuk kebilik la dia..
Ngeeee~

****nmpak macam best je tgk dia masuk bilik..aku rasa cam nk ikut jejak langkah dia la…jd,disini saja ya kita.terpaksa aku tinggal ini demi tidurku..malam pun sudah mula utk menampakkan diniharinya.. aku pergi dulu..ketemu lg ya! Wasalam n slamat pagi. Jangan lupa salam satu Malaysia! >’’,<

Thursday, October 1, 2009

aku mahu pulang~ bosan mak nenek!!!

Sekarang redup.baru lpas hujan.td sampai kl dlm pkul 5.sayu giler rase.. hwarghhh!!! Aku mahu pulang!!!! T.O.L.O.N.G!!! sminggu cuti.banyak cerita nk kne cerita. Cerita suka..cerita derita pn ada..aku jadi tak tau ape n bagaimana nak tulis..
*******
Pusing kanan pusing kiri..tengok siling intai bawah katil..lompat lompat.angkat kaki. Tengok pulak kat luar.ujan renyai-renyai.. gilak!!! Hwarggggggggg!!!!!!!!!!!!!! Cepat cari pantai paling dekat utk aku di KL ni!! Aku nk jerit. Kuat-kuat.. biar sume benda dalam kepala otak aku kluar! Hwarghhhhhhhhhh!!!! AKU NAK BALIK! Paham???! Xpaham ?? bleh blah!! Aku kate A K U N A K B AL I K!!! NAK BALIK! Titik. bosan.bosan.bonsannnnnn!!! tetiba ingat kt budak perasan[kakak aku] time ni plak xnak call aku! Pe ke jadahnya celcom bagi free call klau time aku bosan tahap cicakman mcm nih x call. Arghhhh!! Tolong lah!! Sebulan setengah lagi aku bleh balik.. mmg r nmpk skejap.. tp dalam sebulan tu mcm mcm aku kne wt..itu lah ini lah.. belari lah.melompatlah.bola lah.exam lah. Kem lah. Bla bla bla..Mcm2 benda alah ada… benda2 ni plak duk main2 ngan aku.kejap ada di dinding..kejap di cemin.mase aku nk tdo pon datang juga dia! Eee bencinya aku!!! Seram sejuk pon ada..huhuhu..Tolonglah!!! Menyemak je… bolloq nye lah! Aku bukan rajin la wei… klau aku rajin, aku xkisah r sume ni… apatah lagi klou aku ada power mcm power rangers tuh! Huh! [Koya la..]banyak mana pon aku bleh buat la! See the…. …Ape2 je la!! Mmg bolloq! Bongeknye la..
Pandang pintu bilik* [sebab housemate aku duk gelak2 tepat jam 7pm]
Aku pon tau ape ke benda klakor yang wt diorag ktawa ktawi gelak geli mcm tuh! Huh! Hm,,ni dah lari tujuk.balik smula ke pangkal jalan.. tau knape aku mao pulang?? Ha… lu piker r sendiri!
Hurmmm…sini saja ya…aku terpaksa pergi dlu…ada kerja perlu dibereskan.. sblm aku dihalau, baik saja aku pergi dlu… izinkan ku pergi~~ [korang halang ke aku pergi??] hahahaha huhuhu hihihi… perghhh--


lbih krg 6.30pm

Wednesday, September 2, 2009

sorrow in my soul~


i want to be a pleasent dream when i sleep i want to be something that you will love cuz my steps are weak without u
cuz my heart weakened
i want to be smthg that u will always touch
i want to be smthg that can always love you
without u the time is quiter that hurt the heart
ur shadow is like
the song in my heart that calls
my love to you
like the wind that passes
u always there
only u can make me in peace
without u i feel lost n lonely
ure always there...

Sunday, August 16, 2009

Nil dan Mesir itu jodoh...

.......setiap manusia itu mempunyai jodohnya masing-masing...
sungai nil dan Mesir itu jodoh!

aku suka sg nil..
kalau tak ada sungai nil pasti tak ada mesir.
tak ada peradaban.
yang ada hanya gurun pasir...

maria~

Tuesday, August 11, 2009

panas itu chantek :)

''hulur tangan meh''. lalu kami berpimpin tangan ke sana. meredah angin.merentas padang bola... suka. kami terus bersuka-suki.ketawa-ketawi..juga gelak-gelik besama.
''cepat!''kata dia sekalian menarik tanganku. ''lorh,knape?'' ''lepas saja tanganku jika mau cepat.'' ''TIDAK!kamu kan Cintaku! tapi panas nih...''itu katanya..aku nk tegelak sambil guling kt tgh padang tu.. ''oo..kalau gitu kamu Rangganya ya?!''
dia lagi teruk...gelak-gelik-geluk tahap dewa! ''bongek!'' pekataan itu dia lpaskan padaku.tp aku xkisah.aku tau.. :). ''yela,xpe..panas itu chantek...'' itu kataku sendiri.. dan kegembiraan terlerai! :P

Saturday, August 8, 2009

alam..biarkan aku dengan ceriteraku!



biarkan aku dengan cerita aku.dengan kisahku.dengan hidupku.dengan ceriteraku.biarkan aku!kamu semua tak mengerti dengan aku.alam juga begitu.hidupku, hanya diriku yang tahu..ceritera ini hanya aku yang punya. siapa kamu untuk menghalangnya??
siapa yang menghalangnya akan aku hapuskan!

mwahahahahahahahha--

tapi benar nih..aku berkata benar.hidup aku tiada sapa yang dapat memahaminya. sebanyak mana pun yang aku nyatakan,sejauh mana yangku ceritakan, kamu tak akn dapat memahamiku seperti mana diriku memahami aku..

FATIN HAFIZAH ASRI...
kamu tahu tentang itu!dan itu benar.mohon difahami.kamu simpatikan sama aku??!
pleasee...
biarkan aku dengan caraku.aku terima itu.tp aku adalah aku.aku dan kamu tak sama lorh..kamu mampu.tapi tidak aku.maaf ya!

diam.

macam mana harus lagi aku luahkan??
alam,biarkan aku dengan ceritaku!itu saja yang aku mampu.. dunia,sudahlah melihat aku dari dimensi begitu. itu bukan aku.harap kalian faham,mengerti..sekalian memahami aku...

.............................................................................

jadi disini saja aku berhenti.menunai kwajipan yang ini.aku pergi....
pastinya kita jumpa lagi.ingat temu janji ya!


sekali lagi,please fahami aku..
5.49pm090809sun-

Friday, July 24, 2009

bertuturlah bicara

macam mana??kamu mau bertutur? ku tidak kamu tegur.. kemana bicara kamu?
sapa juga sepi! kasihan kami! huluran salam juga hilang! katanya sahabat.ngakunya kawan!! jadi?? bertuturlah! bicara dgn ku! sekalian dengan kami di sini!hm... jasad kamu ku nampak.kami juga. bahagia lagi...cerianya kamu,kalian. tapi bicaranya mana?? bertuturlah! bicara sama aku juga kami!

-betul2 xpaham-

dulu..hm....
bicara kamu bagus sekali sama kami di sini..lunak.juga tak memuakkan aku dan kami.
betul! zaman dah berubah, dunia dah maju. dan kesannya juga sgt terkesan. kamu,kalian juga berubah..
kini..
sepi..demensi membutakan mata..memekakkan telinga..membisukan bicara!
kosong..tak da ape lagi..kenapa?
saat ini wajah mengekspresi kekeliruan..antara dua...
tak dapat kami teka..harapnya kamu,kalian bertutur dan bicara sama aku dan kami~

Tuesday, July 14, 2009

laguOMBAKrindu~~~

ombak rindu...
gemersik di kalbuku...
bersama dirimu menari dengan ku!!
lagu ombak beralun merdu...
mengingatkan aku ttg dirimu...
aku dan kamu....
rindu berlalu..
kala aku bersamamu...
menyanyi lagu rindu...
menatap ombak di tasik madu
[tasik madu ad tasik la! ane ad ombak..ngok ngek!]

Sunday, July 12, 2009

sayu wei!!!nak balik!

sayu...
hati ini makin sayu...
[hm..ske tol ct ni nyanyi...]

rindu...
makin menggebu di kalbu..
syahdu nye hatiku...
menyanyi lgu rindu...
menari dengan kaku...

wah...rindunya aku pada ayah ibu..
mau pulang ketemu dirimu pengarang jantungku..
[ngeee~]

aku mahu pulang....!!!!!!!!!
kampung..here i come!!!!!!
[chewahhh..cam r duk kt london!]

nok balikkkkk~~
tak lame lgi dah nk puase..
nanti nk puase same2 kluarga...
heaahooooooooooooooooooo~`

mau kluar dr class dlu..
choww!!wasalam :)

Sunday, July 5, 2009

al-kisah En.platipus n Cik merak~beshh woo:)

Segala penghuni petala bumbung dan lantai sudah berkumpul.

Mamalia ada, reptilia ada, berdarah panas menggelegak pun banyak, berdarah sejuk yang kuat rajuk pun melata. Semuanya berkumpul di tepi permatang untuk bergelanggang. Mahu melihat hari ini dalam sejarah.

Sebuah pertempuran yang dinanti-nantikan.

Pertandingan memanjat pokok pinang.

30 makhluk ciptaan Tuhan tampil ke depan. Mahu berentap memanjat ke awan. Habuan yang ditawarkan pun agak lumayan. Siapa mendengar pasti tertawan.

Sang murai menjerit girang, tanda persaingan bermula sekarang.

“Ayuh, ayuh! Jangan mudah berputus asa,” jerit sang punai menyorakkan tupai.

“Panjat, panjat! Siapa cepat dia dapat!,” sorak si badak mengusik si katak.



Tupai, katak, beruk dan lotong, memanjat-manjat mara ke atas. Menoleh ke kanan menoleh ke kiri, sesekali mencanak telinga mendengar sorak rombongan rimba. Sorak yang kuat menambah semangat. Sorak yang semangat menambah kudrat.

Tapi pinang bukan sebarang pinang. Licinnya kulit bukan kepalang. Basah pula dek gerimis petang, tidak beranting tidak berdahan. Hanya batang, tinggi kepalang.

Peluh memercik sengalnya tulang, pucuk pinang masih menjulang. Jauh lagi sebuah kemenangan, untuk juara mengecap kejayaan. Satu demi satu peserta jatuh. Letih, sakit, lenguh, tersepuh. Hanya tinggal segelintir yang keras hati, terus mara tidak peduli.

Warga rimba berubah hati, dari dorong kepada maki. Tadi beri semangat kini mencaci mengumpat. Tangan masih bersorak, mulut mengeji mencanak.

“Sudah-sudahlah, jangan ditamak hadiah yang banyak. Benda mustahil jangan kejar sampai terkucil,” ujar sang platipus memuncung-muncung.

“Kalau kamu mahu sangat tawaran itu, datang sahaja ke sarangku, akan kubelanja!” tawar si merak yang megah berlagak.

“Baliklah, hari sudah petang. Ingat di reban, keluarga tersayang” panggil sang itik, terkedek-kedek.

Satu demi satu peserta hilang semangat. Tubuh penat, basah keringat. Kudrat tadi semakin susut, ghairah pagi menjadi kecut. Tupai yang lincah jatuh ke tanah, biawak yang buas tergelincir terhempas. Batang pinang tinggal sebatang, hanya seekor cicak berjuang.

“Hahaha! Bodohnya cicak itu. Entah apa yang dia mahu” ketawa si beruk bermuka buruk.

“Uhuhuh! Cicak tamak tak ingat anak. Mengejar hadiah tak nampak rumah!” ejek sang kancil tak padan kecil.

Cicak terus mencanak.

Batang pinang dipanjat tak kira orang.

Walau panjatnya lesu perlahan, pinang dipanjat mencapai awan. Bayu petang menghembus kuat, cicak bertahan tak patah semangat. Biar pun diri tinggal sendiri, cicak langsung tidak peduli.

Jika tadi semua mengeji, timbul kagum semua berdiri. Kutuk tidak didengar lagi, kata semangat kini kembali. Cicak mula terima sorak, jangan undur teruskan tempur. Hadiah bukan tawaran sebarangan, lumayan sekali jangan disesiakan.

Sampai di puncak, tersenyum cicak. Cita-cita sudahlah nyata. Tahun ini cicak juara. Hadiah lumayan miliknya jua.

Datang wartawan mencari cerita. Bertanyakan rahsia semangat yang waja. Cicak tersenyum tanpa bicara, soalan ditanya, tiada jawabnya.

Fahamlah semua rahsia sang cicak, rupanya dia CICAK YANG PEKAK.

PENGAJARAN

Jika mahu berjaya dalam hidup, sesekali belajarlah memekakkan diri daripada melayan cakap orang, sama ada kritikan, sama ada pujian. Jika sudah ditetapkan hala tuju, terus sahaja mara ke hadapan.

“Jika kamu mahu menjadi seorang yang mempunyai pandangan, jadilah seorang yang mempunyai pendirian. Sesungguhnya pandangan menjadi rosak, apabila kamu berbelah bagi” [Abu Tayyib al-Mutanabbi]


* Olahan semula daripada sebuah kisah rakyat masyhur yang dimuatkan di dalam buku Setengah Berisi Setengah Kosong tulisan Bapak Parlindungan Marpaung

Monday, May 25, 2009

hari yg tenang~

sepi....
pagi yang mendung...
kelam dalam cahaya...
angin btiup...
mungkin mmbawa khabar...
khabar yang tak dapat ditafsirkn...
di sana...
jauh dr sini....
gerimis mula mnampakkan diri...
bayu btiup lg...
membelai rambut dgn lembut..
oh...indahnya!
tenang....
aman dalam sepi...

Thursday, April 23, 2009

2 messages received [selamat jalan sahabat....]

2 mesagges received...from naseer n ayah.. aku pn bke la fon ak..tekan..view-ayah..ak bke msg dr ayah dlu r..ane tau kot2 ada something special.. 
Ayah..**april 2009 4.27pm
Ayah nak msuk duit esok.. bsn or maybank? Hntar no. akaun...
Dlm ati aku...Wah!!skenye aku! Yeyeaaayy ayah nak bank in duit! Yes3!!! Sayang ayah..bajet..ble dpt duit sayang r..huhuhu..xda la..aku sntiasa sayang mak ayah aku la...
Owh..lpe..ada satu msg lg ak blum bce.. from naseer
Naseer ** april 2009 4.18pm
Salam...mijan xdop dh..die xcident pg td..sabor ea.. al-fatehah ..serah sruh oyak..gtaw kt org laen jg..
YA ALLAH! Kawan aku!!!inna lillahiwainnailaihirajiun.. mijan xda dh!!
Ttiba aku rase mata aku basah..aku nangis..sedey...xsangka cpt gni mijan tinggal kitorang...ingat plok arwah kawan baek mijan dlu pn pergi tnpa sbrg pesan pn...yen..nazren..die pergi dlm tido..snang sangat Allah nk amek ape yg Dia bg kt kte...[sedey]
“kenape?nape nangis ni? ”kwn aku Nampak aku nangis..mase tu kami kt masjid..masjid UIAM..bru lpas solat asar..mase tu kami ada program..... 
“kawan aku....”tu je aku mampu luahkn...
“knape?nape ngan kwn mu?” Tanya mc tie[kwn aku] ...fatin hulur tisu kt ak..
“kwn ak..die xda dh..xcident pg td..”[sedey weii] aku nangis lg...
“Sabar la...”pkatan ni kuar dr mlut kwn ak..pkataan yg bese dikuarkan bile satu musibah menimpa..huhuhu....
Ttiba aku tpikir...knape la sume org yg dkt ngn aku pergi tanpa dsangka..
Aku tkut...aku..............hwarghhhhhh~~~~ astaugfirullah hal a’zim..
Ya ALLAH smoga roh smua saudara ku ditempatkan dlm golongan yang soleh dan solehah... tu je yang mampu aku doa..sesunggihnya DIA tau ape yang terbaik untuk hambaNya.... al-Fatehah.........
[xmampu untuk luahkan lg...]~~~~ (-.-)

Saturday, April 18, 2009

bla..bla..bla...

17 april tahun ni....wah..ngantuk wei..tgk jam pkul 7.10!! ya Allah lmbt plok bgun subuh! Tu r smalam tdur kul 4 pg.wat ape??? Assignment r!xsiap2! [padan mke!tguh sgt]....nasib pg ni class start kul 10pg. Klau tak....mmg r!...hm..lpas smayg subuh ‘gajah’ tu aku hadap lap top lagi..buat ape?smbung wt aseimen r!nk kne hantar pg ni jgk ni!arghhhh~~ tensionnyerrr! Lap top ni pn klau bleh ckp mesti dh kte cm ni,
“muke ko lg!!xda org laen ke?”
“tp takpe,nasib baek ko ni bleh thn comei.kalau tak lame dh skrin ak ni pcah”[ak yg prasan ckp cm ni sbnrnyer...hwawawawaw]
Ah,peduli ape aku!ske ati aku r nk puji dri sndri!nk tgu korang puji ak lambt lagi!!janji aku bahagia!
Kahkahkahakahkah![sengeh kambing =p]
Siap2 nk g clas..aseimen x print lg.printer plok sume rosak.printer kt koperasi Mirami pun rosak gk.adeh menyampah aku!ni nk kne print ngn sape?ah, pedulikan dulu.tgl nk print je pn lg.hm..aku pun trus g class.....tip top tip top tip top tip top....sampai kt class tgk2 lecturer xda wei!padahal aku dh datang lmbt giler kt class.. hawahahahahah...bgus jga.. submit assignment lambt skit takpe..kuang3...
Bla..bla..bla...bla...bla....[malas nk mnaip r ea...]
Last skali ak anta jg la asemen tu... ye r! nak mati ke xnak aseimen! Anda brani?? Hm..i xseberani itu..maafin dong!! Ok..malas dh ea..dadadadadadadaaaaaaaaaaaaa~

Tuesday, April 7, 2009

hah!!innalillahiwainnailaihirajiun....hm...pg td aku dpt tahu atok kawan aku meninggal pergi menghadap Penciptanya...al-Fatihah~~semoga rohnya dicucuri rahmat insya Allah...mesti dia sedih..aku tahu..sebab aku pun prnah mengalaminya...aku pun dah tak da atok dah...semua atok aku dh tinggalkan aku..aku dah yatim atok..ari raya pasti sunyi tanpa atok dan nenek..[sebak weii]smoga roh mereka juga diucuri rahmat...waaa~~~rindu atok semua...sbenarnya.. aku pn tau yg atok kwn aku meninngal pun dari kwan aku ni...huhuhuhu...ya Allah,sedeynyerrr...

tetida je lgu ni kuar..[lagi r sedey]
satu..kasih nan abadi
tiada tandingi.Dia tang SATU...
dua
sayang berpanjangan
membawa ke syurga..
kasihnya IBU..
TIGA..
lapar dan dahaga
rela berpayahan..
kasih nya AYAH..
empat... bla..bla..bla..

lbih krg gtu la bunyi lgu tu..
hwaaa~~`nape la jd gni ea...
kasih sape nk perpaut lg??
hmm..
semestinya kasih agung yg abadi...
atok xda tak pe..
tapi kasih DIA mesti ada dalam hati...huhuhu,...sedey weiii...malas dh ea nk merapu...nanti ntah ape2 plok aku ckap...lg pn kawan aku nk maen game ni...
ada ke patut!dah r orang tgh sedey :(
k,cheear up ur day!!oraittt..popoye da sailorman!!!tuutt..tuttt~~~
huhuhuhu...ptama sekali,assalamualaikum...
hm..skarang dh nk pkul 3pg! dan aku pn xtau knape xtido lg lorh...adoiii
hurm...(tgk langit)aku tak nampak pn bintang n bula wei..
waa~~ rindunye aku nak balik umah..susah betul nk tgok bintang kat sini..
hohoho..(lack of idea)...aku sebenarnye tgah sedikit sedey la..
knape??
aku tak tau...rase cam kene tipu je..rase cam lonely wei...
adush!botet tertipu!!!tipah tertipu bang!!
hwaaaaaaa~~~ nak nangis...waa..cam ane aku nk cakap ea...
nk tulis...yang pnting skrang ni aku rase nak balik rumah je..
aku windu ayah,mak,adik(rindu ke adik aku?)-hahahaha pdan muke dia!
tu la,..len kali duk umah jgn ske gado ngn kak ngah tau!!
rindu kakak(huhuhu),rindu comel,manja,kitty....jebat...
mcm mne la plak agaknye cactus aku ea...aduh!pedulinye aku~~
hm..ni la kite kan..ble sesatu tu kat depan mate tak nak pulak nk hargai...
hm..ak rase kt sni r dlu ak blogging..
mood trgendala....ak sedeyyyyyyyyyyyyyyyyyy :(
ya ALLAH..Sungguh..engkau lbih mengetahui dr aku~

Sunday, April 5, 2009

Berhenti Berharap...




mengapa aku masih disini
mengharap pelangi
yang belum pasti milikku lagi

malam suram menyulam alam
sayu bayu berlagu sendu
mengirimkan gemersik suara rindu

tatkala saat cinta bertasbih
mengalunkan ayat-ayat cinta
aku terlena seketika
dalam mimpi rindu bersatu

dan aku...
biarkan rindu itu berlalu
memberi ruang sepi bertandang
biarkan...
demi untuk kasihnya~~~perghhhh[skema]~~~

kerana...
hatiku bersuara
selagi nafas belum berakhir..
kasih suci pasti menapak di sukma hati..

walau pelayaran kasih itu
tak seindah impian yang ku impikan...
(-.-)waaaa~~~~poyo^^


waa...xcaye ak bleh wat puisi ni...
ni lect aku nye pasal r ni...
huh!!tiba2 bleh wt ni mlm ni...
waaa~~~fuh!
tp cm tu r...........koya~~~
werkkkkk =.=

Monday, March 16, 2009

tiDakkkkkkkkkkkk~~



tidak!!!

tidak dan tidak...


tidak lagi....

mengapa tidak???

aku pun tidak tau mengapa?


tidak!!!

oh tidakkk!!!!!

aku tidak mahu tidak...

tidak ada ke lg ruang utk tidak di situ???

ada?? tidak ada?? ada?? tidak ada??


tidak!!!


tidak betol ke aku??

atau aku tidak sihat??

tidak,tidak,tidak.....

no,no,no....

okay je....

tidak demam..

tidak sakit...

sihat wal afiat~~


tidak!!!


tidak!aku tidak boleh tidak percaya!

mesti trime...

mane boleh tidak...

believe it or not??

believe it!!!


tidak!!!

hm..udah-udah lah tidak...

ia kan saja...

tidak! mentadak bukan mentadu...

mmg la...mentadak mentadu...


mereng!![hahahahaha]

dh la...


aku tidak mahu mrapu lagi...

ltih wei....

tidak baek untuk kesihatan...

tidak sama sekali!!...



****ape ni????hm,renung2kn n pk2kn...jgn bilang TIDAK!! tp ktakan TIDAK kpd rokok!!***

oraittttttttttttt ^.^
0 comments

Monday, March 9, 2009

testing..testing...haluuu...

test..test...1 2 3...test...testing..haluu...
halluuu..botet di sini...
hahahahhhahhahah :P
test...1st time ni wt blog!
fuh!!nerves sngguh...hahaha...tak pcaye plok ak dpt buat blog ni akhirnya!
unbelievable!!...kuang3
di kesempatan ni,ptama mula awal pertama..
aku nak ucap trime kasih kt kawan ak yang tolong ak wt blog ni..
kt hanim yang creat sparuh blog ak ni...
kt aya yang ajar aku plih background blog ni(wlaupn huduh..)
hahahahaha..
n xlupe juge kat rumate ak,mctie yang setia tman ak wt blog ni..
adushh...sebuk la ko...
so,ni je kut utk pmulaan mlangkah ke dunia baru-alam blog..
hahahahahhaahahahahahha~~

p/s:mctie, jgn sedey ea xleh mnyebuk kt blok aku..
ada ke patut nk buat citer kt blog aku!!
xpatut2...xxxxx!!!
:)
Newer Posts Home