Monday, November 23, 2009

aku yang ditinggal atau aku yang tertinggal??

Bongek! Bongek! Bongekkk!!! Sekali lg, B O N G E K!

Apa salahku? Apa salah ibuku? Diriku ditinggal begitu….

“ perhatiaan kepada smua penumbang bas Tranasional utk laluan KL – jerteh – kota bharu, bas akan bergerak pada pkul 9.00 mlm. Bas sudah berada di terminal.”

“perhatiaan kepada smua penumbang bas Tranasional utk laluan KL – k.terengganu, bas akan bergerak pada pkul 9.00 mlm. Bas sudah berada di terminal.”

“perhatiaan kepada smua penumbang bas mutiara utk laluan KL – kota bharu, bas akan bergerak pada pkul 9.30 mlm. Bas sedang berada di terminal.”

Lbey krg begitu la announcement di buat.Bising betul la!bingit! agak hingar bingar keadaan di hentian putra saat tu…ada yang busy cari bas..ada yg duk sibuk bli bekalan…mentos,clorets,dentyne,air mineral…mcm2 ag r…nk wt makan dlm bas la kononnya nanti..tp aku tak pikir diorg makan sgt pn..tido je lebey..tau2 la mlm2 dgn sejuk aircond yang menyengat yang jg mampu menambah suhu pemanasan global! Hah! Ambek ko!

Transnasional! Transnasional lagi!! Sesekali bas mutiara dapat name. tasik kenyir mane? Ape dia ingat glemer sangat ke name die tu? Aku nk blik juga la wei. Aku pn ada kampong jg! Walaupn kmpong aku xglemer dan xda dalam peta dunia, tapi nama kampong tu bley dikatakan hebat jg bla ditranslatekn dalam bhasa orang putih ni.. Ara Hill Village…

Arghh..itu tak penting..yang penting mane bas tasik kenyir aku? Aku spatutnya naek bas pkul 9.00mlm. skrg da nk pkul 9.00. lbey krg pkul 8.50 da..aku g la jg usha2 n tgok2 bas kt terminal tu..jgn kan bas, tayar bas tasek kenyir tu pun aku tak nampak,. Yg aku nmpak trans,trans, transnasional! Besar2..tinggi2 plop tu! Adehh!

“tak dop la wei…manenye?xkan xmari lg? ke aku kne tinggal?” aku masuk kt tmpat mnunggu tu n trus gtau kat kawan2 aku.
“kalut la mu ni nurul..relek la..adanya tu.x mari lagi kot” saje je mctie kate gitu ..nk tenangkn aku la tu.

Kalut?nampak sangat ke muka aku ni kalut?owh,tidak! Atau dia Nampak muka aku agak chanteq bila kalut sebegitu…dan lalu menegurnya…kuang3!..

“oi,nurul!xnaek bas lagi? 9.05 da ni..” tetibe hanim yg datang dari bli blah di KFC bsama fatin tgur aku.
“bas dia xmari lg…” dop dan aku jwb,muni plop rajin nk jawab.aku biar je la..
“ jom, g tanya kaunter tiket.” Aku terus tarik tgn hanim skali ngan badan2 dia aku heret teman aku g kat kaunter tu…

HAH??!! Skali lagi aku ulang, HAH??!!

“ha a…bas tu baru je gerak tadi..” kata lelaki si penjaga kaunter yang bertahi lalat di bibirnya itu..tp aku kurang pasti coordinat sebenar tahi lalatnya itu. Di atas atau di bwh bibirnya. Huhuhuhuhu. :P

TIDAKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!!!

Pengumuman..pengumuman..siapa yang dengar…dengar aku…aku yang kena tingal…kene tinggal macam ngekkk ngokkk..

Hm…lepas aku bla..bla..bla… ape smua ngan lelaki si penjaga kaunter yang bertahi lalat di bibirnya itu bersama beberapa lg ulat2 yg ada kat situ,maka dengan ini,mereka mengisytiharkan bahawa bas tasek kenyir yang aku sudah aku bli tiketnya tak akan kembali lagi untuk mengambil aku!

Hwargggg!!! Aku tau la aku ni tak glemer…tp bley je pon klau nk u turn jap amek aku…bukan jauh sgt pn tlepas.. 10-15 minit je pn..tidakkkk!!!! dan,dengan ini, untuk julung-julung kalinya dalam sejarah hidop aku,aku ditinggalkan! Ditinggal plak ngan bas! Huh! Sekali gus aku yang baek hati ni telah menabur bakti kepada syarikat kenderaan tersebut dengan ‘mendermakan’ sebanyak RM40.70 tanpa mendapat ape2.. at least aku ingat bley la masuk tv ke, ape ke…mcm syarikat beras faiza yang sokmo derma kt Bersamamu TV3 tu! Tp, hampeh!

“meh, kite g cari tiket laen ea…jom try tgk bas Sani” itu saranan yang si muni bg..aku yang malas da nk kte ape tambah ngan kesedeyhan yg agak menggunung,ikut je muni tu cari tiket.. n finally,naseb aku agak baek mungkin jg sbb aku juga budak yang agak baek,tiket mlm tu untuk bas jam 10 mlm maseh lg ada. Dan skali lagi aku telah menabur bakti kepada syarikat kenderaan Sani Express. Aku merelakan saja RM40 aku ke tangan kakak jelita penjaga kaunter itu mengambil duitku itu tanpa segan silu..


hui,melayang lgi lorh!RM40 utk business class ticket gtu...hohoho (+.+)

Aku call ayah aku mmbritahu apa yang terjadi ape smua termsuk la aku akan brtolak lambat....hm…tak semena-mena jg aku kne cuci sebakul dua oleh ayah aku..hal ini demikian kerana aku tertinggal bas la ni.hampeh! dengar je la aku…kuang3! Basso ea! (-.-)

“sabar la nurul” fatin saje jew kata mcm ni kat aku..aku tau..disamping dia menenangkan hati aku,dia jga menenangkan hatinye.al maklumlah, xbley blik kg awal.terpaksa g kursus! Wakakaka.ni la pkataan yang biasa manusia guna bla sesatu benda yang kita tak nak jd,dia terjd…Kalau tak ‘sabar la’,pkataan laen yang diguna ialah ‘relax la’…sama makna je tuh!
“mana tau nape2 jd ngan bas tu…sbb tu r mu tak TERnaek bas tu..tuhan hijab tu.”waaahhh! begitu diplomasi kwan aku yang bernama fatin itu berhujah.katanya lg, setiap yang blaku ada hikmahnya. Hah, ambek ko!
*****************

Hm…bas da dalam terminal..get ready ape smua..salam2 n say good bye pada orang yang blik lewat,then aku ngn muni menuju ke bas untuk meneruskan perjalan kami ke kampong halaman,Ganu kite!
Btw, selamat jalan semua! Popoye~…

-pengumuman tentang aku ditinggalkan atau aku yang tertinggal-

Saturday, November 14, 2009

Kasih DIA. Cinta dia. Sayang kamu. (ll)

Sekali lagi persoalan itu berlalu pergi……huh! Dia mengeluh. Kosong. Padangan dia kabur. Manik-manik jernih mengalir lagi. Syahdu.
Kali ini dia berasa benar air matanya begitu murah… seperti tidak ada nilainya lagi. Terlalu murah. Inflasi. Dan ini pastinya kerana kamu. Tuhan, tolonglah dia.

Kenapa dia??kenapa perasaan ini harus ada?? Fitrah?? Huh! Dia mengeluh lagi.
Ah,persetan saja perasaan itu!!
Jeritan itu…Dia keliru. Antara jeritan saiad atau hasanadnya.

‘’ menyayangi dan mencintai seseorang itu dengan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiannya tanpa pengetahuannya dan orang lain adalah satu jihad!’’

Teringat dia tentang bicara ini dari ustaz ustazah bahkan dari sahabatnya juga.
Tapi…betul ke? Berjihadkah dia?? Mudah-mudahan….

‘sesiapa yang jatuh cinta kemudian menyembunyikan cintanya hingga kematian menjemputnya,maka dia adalah seorang yang syahid.’ (riwayat hakim,ibn asakir,al-dailami,dll)

Dalam dia mejalani hari-harinya yang sepi tetapi tetap bererti disisi sahabat sejati. Nota kuning itu tersingkap dengan bait penuh makna yang pernah dikirim daripada sahabatnya untuk dia.

Bila engkau memandang segalanya dari tuhanmu, yang mencipta segalanya, yang menciptakan ujian, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu,yang membuatkan keinginanmu terhalang,serta menyusahkan hidupmu,pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia…bukan Allah tak tahu betapa deritanya hidupmu,luluhnya hatimu,tapi mungkin itulah yang dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebegini yang selalunya lebih tersentuh,mudah untuk bertautan dan lebih mesra denganNya apabila kita sentiasa bersabar…

Sahabat nun jauh…

Ada getaran pada jiwanya saat dia membaca bait-bait ayat itu. Ingantan dia bertaut kembali mengenangkan kamu. Ingatkah kamu kepada dia? Tiadakah perasaan mengingati kamu kepada dia?? Walau sekelumit??

Eloknya peribadimu merabunkan mata batin dia dan dia juga sedar, dia harus berpaling dari mimpi ini. Apa yang dia dambakan Dalam dunia kamu yang berbeda dari hidup dia? Terpikirkah oleh akal dia Untuk dapatkan cinta yang sejati yang pasti bukan dari kamu? Terimalah seadanya wahai akal yang waras!

Ya ilahi.. kasihanilah hambaMu yang lemah ini. Engkau Maha Tahu tentang apa yang menimpa diri ini. Aku tak ingin kehilangan cintaMu. Namun Engkau juga tahu bahawa hatiku juga tak bisa mengusir pesona seorang makhluk yang Engkau ciptakan. Ilahi, berikanlah aku cawan kesejukan untuk ku letakkan embun-embun cinta yang menitis dalam dinding hatiku ini. Ya Rahman, tuntunlah aku sekalian langkahku pada jalan takdir yang paling Engkau redhai. Sesungguhnya aku serahkan hidup matiku hanya padaMu. Tuhan, andai hidupku ini lebih memberi kebaikkan untuk semua, maka Engkau panjangkanlah usiaku…tetapi, andai mati itu lebih baik untukku, Engkau matikanlah aku dengan RahmatMu..

Demi cintaNya dan cinta kamu dia berdoa. Besarnya kuasa cinta..tapi sajauh mana?

‘maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?
(surah ar-rahman)

Tuesday, November 10, 2009

rintihan rindu.simpati.

Ku pinjam cebisan lirik ini.

Rintihan rindu ku hamparkan kepadamu
Ku inginkan sebuah kerinduan
Kerinduaan yang telah ku tunggu dulu


-the fasters-

Ada makna dalam bicara itu.mampu menggetarkan jiwa aku untuk simpati pada kamu.tolong jangan buat aku simpati sama kamu lagi.aku tidak kejam.aku juga bukan kejam.tapi simpati ini aku tidak harus beri untuk kamu. Aku tidak mahu aku suka kamu kerana aku simpati sama kamu.

Tp…hati ini sangat lembut.mudah untuk menerima simpati. Nyanyian yang dilagukan itu mampu meraih sedikit sebanyak simpati aku untuk kamu. Sekali lagi, tapi…kamu perlu tahu, simpati aku bkan bermakna tertumpahnya suka aku utk kamu. Maaf untuk itu!

*********************

“kamu jgn menangis ya”, itu kata aku untuk dia. “pasti ada hikmah dia pergi. Perginya pn bkn kemana kn”.senangnya aku berbicara begitu pada kamu. aku tidak ditempat kamu.tp,Aku faham perasaan kamu. Aku juga sama seperti kamu. Punya rasa sedih. Aku tidak menangis kerana aku adalah akar bagi kamu kamu saat ini. Namun, tetap saja hati aku menangis hiba. kamu kawan aku. Jatuh juga air mata aku dibelakang kamu. Harap kamu tidak tahu. Aku perlu jadi tabah dan gagah di hadapan kamu. Juga di sisi kamu.

Kamu pantas saja merindui dia.sebab dia ayah kamu kan.. rinduilah dia. Dan teruslah merinduinya. Itu yang sepatutnya. Tak ada batasan pun antara rindu kamu dgn dia. Ya, walau kamu dan dia di alam yang berbeza. Kamu harus ingat, hati dan jiwa kamu tetap bersua… tidak kira kamu di sini dan dia di atas sana. Kita ada yang Maha Esa. Doa kamu dapat mengiringinya untuk mengkhabarkan rindu kamu kepadanya.

Kamu mesti ingat itu!

-rindu kamu pada ayahanda..dan aku simpati dgn kisah kamu-
01.01am101109

Saturday, November 7, 2009

aku belajar melalui itu.teratak itu.

hari ini aku blajar...blajar lagi tengtang hidup.aku belajar melalui sebuah teratak ini.saat aku pertama kali mengungjungi teratak itu..aku jd sedar lagi tentang kehidupan.sekejap sahaja.aku jadi jatuh hati dengan isi teratak itu.kenapa?aku sendiri tak mengerti.seperti ada daya tarikan magnet dalam teratak itu.membuatkan aku terasa ingin lama di situ.

ya,aku pasti datang lagi!mudah-mudahan...

benar.untuk jatuh cinta pada sesuatu mmg memerlukan masa yang singkat.tp bagaimana untuk terus menyayangi nya?itu perlu masa.dan itu yang aku baca dan timba.lalu wajah mengekspresikan diri.jari jemari ligat liuk lentok mengetap sang keybod.fikiran juga terus terpasung mecari kata madah untuk dicipta.

sejujurnya,aku tidak mengenali siapa penghuninya.sangkaanku pasti penghuni teratak itu seorang yang sangat berjiwa.lihat dari gayanya,sedikit sebanyak aku mengaguminya.kagum melalui teratak yang aku rasakan berada di dunia yang berkongsi smua rasa melalui satu jiwa bercinta dengan rahmat-Nya.

aku belajar lagi.ya,melalui teratak ini.punya isi tersurat yang sangat bererti.aku jadi diam menyepi.mengagumi teratak berpenghuni tapi tak menjelmakan diri..

terima kaseh untuk teratak itu sekalian penghuninya.aku akan datang menjenguk lagi.untuk mencari apa yang patut aku ketahui.yang pasti, duduk letaknya bhampiran landasan kereta api....

bila aku sendiri. +.+

byte demi byte...satu..satu... makan... ralit plok aku duk makan byte ni...baru sedar yang mknn ringan bernama bytes ni best..

facebooking....hurm~
angin kuat kat luar sampai langsir kat blik ni pun jadi mcm sayap superman da...
haa??! tinggal satu je lagi bytes aku! makan. habis..

gung!!! ptir kat luar bdentum.kuat.sangat kuat...takutnya aku..tp entri ni perlu dteruskan..lalu aku pasang batery laptop n tutup plug...
angin juga xsegan bemain-main di sekeliling aku..membuatkan aku terasa agak sejuk..

kesunyian...
bila fatin akan sampai ea? hurm katanya tgk movie kat times square ngn kwannya. hanim jg xda.pegi uma yong.esok balik.mctie g IPIS jumpa kwnnya ika.jg balik esk. muni jg. pg umah che ngah kat nilai.juga esok balik. aku?? kat blik ja r...diorang ajak jg kluar tp aku plih utk duduk umah ja..mlas la..alasanya nk study..tp,hampeh! xda maknanya aku study...hohohoh=.=

aku sbnarnya malas sgt nk pg kuar..lg pn,umah ni perlukan aku untuk dikemaskan...besela..aku perlu menggaji dri sendiri utk mnjga kbersihan uma..langsung ilang kan bowink bla wt keje alah ni..ak x kuar tu xtau knape.sbb tu bkn ak.woah!

hm..tetiba bowink tahap cicakman lg.. usha blog org..
bila la ea fatin balik?hujan nih.. td aku ad mcg,ktanya msih d ts.. oh..satu lg..believe it or not?! spanjang aku kt KL ni..aku x penah lg tgk movie kt panggung!ye..xpenah lg tgk wayang..ha ah..percaya la...lalalala~
aish! nope! bkan! bkan aku kolot la.. thats not me.. tak tau knape.. aku agak x selesa la..hm..mungkin satu ari nanti kot..mungkin.
pepe pn..aku smpat bg p/s kt dia,si fatin tu..

--take care! skalian blikn aku wafel yupt! jgn lupa topup!

tummm!! skali lgi petir menyambar! argh..aduh seramnya!. aku baru sedar.. petir di KL ngan petir kat kampung aku sangat berbeza..sbnarnya da lama sedar..sejak aku mendengar gruh pertama di KL ni..huhuhu..
[releks2..sikit lg ni..entri ni..]

tp...
aku masih bley dgr lg suara orang bersorakan kat kdai mamat kt bawah sana wlau dlm ujan ptir ni....
hurm...patut la..ada plawanan bola rupanya... itu kata adik aku mase aku ym dgn dia kejap td...

kilat trus memancar-mancar kt lua..tp msh bleh dilihat dari dalam bilik aku ni... sekalian hp aku bebunyi.. 1 msg receiced.
ni tanda untuk aku stop dlu...jumpa di entri yg laen...
kilat trus cmburukan aku utk ini.huh! aku syg wei laptop aku..xnk currentkan nya.
ok!

-kisah aku sendirian-
9.45pm071109-

Thursday, November 5, 2009

Saya hargainya okheye!ok!

Yeayy!! Yeayyy!!

That’s the way I’m apreaciate that ‘thing’. That’s how I’m appreciate you that nite..
but, why you didn’t notice it?? yupT! Im appreciate that ok!

-receive love- Thank you! Very much! -.-

And a lot of sorry…the morry… sorry the morry ok!

Hope u ikhlas reiceved my love a.k.a menerima ucapan terima qaseh saya. :P

Tak tahu kenapa..tetiba malam tu emosi agak tegang..sensitif. bulan mengambang mungkin. Bintang kat langit pun mcm nak maen hide and seek je.. sembunyi dan tak terlihat.  First time jd mcm tu! Tak tahu kenapa. Aku pun tak paham. btul2 drastik keadaan tu blaku. Woah! Unbelievable! hm…

Tp…finally, keadaan itu mla stabil bla aku cuba untuk mengawal baik kembali keadaan tu,.. fuhhh!!! Lega!puas!suka! dia dh tegur aku mcm biasa. Takut dan bimbang aku da hilang sikit. Emosi aku da mula stabil.aku mmg btul2 puas!...sebab dia KAWAN aku!

Btw, terima qaseh ya kawan-kawan. Kerana kamu, aku dapat menikmati itu. Ya itu..tahu apa? K F C. yupt! Benar. Itu.. Kentucky Fried Chicken tu… especially to you…kalian semua. F.H.M.M.

-kisah aku bersama kalian…-

12.17am271009

Sunday, November 1, 2009

Kasih DIA. Cinta dia. Sayang kamu. (I)

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Engkau Tuhan sekalian alam
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang
Yang Menguasai Hari Pembalasan
Kepada-Mu kami sembah dan kepada-Mu kami memohon pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan-jalan yang Engkau anugerahkan nikmat
Bukan jalan orang-orang yang Engklau murkai
Dan bukan jalan orang-orang yang sesat…

Perkenankanlah~

Tasbih cintaku telah terhenti…
membawa ayat-ayat cinta jauh dari hati…
Dan demi kasih-Nya Aku rela melepaskan…
kerana aku tahu aku bukan untuknya…
Dalam sujud,
kan ku temui diri-Nya…
kekasih agung…
untuk kesekian kali aku rindui lagi…
.

*****
Gerimis senja datang lagi bersama bayu sepi dihati. Dia menyentuh lembut mutiara murah berjuntai di pipi. Sayu.
Kata pujangga, ‘’ yang patah tumbuh, yang hilang berganti.’’
Arghh!! Kau tu pujangga saja! Kau apa tau tentang aku??? apa kau pikir yang tumbuh tu sama? yang berganti tu serupa??! Jerit batinnya.
Seperti bodoh dia mencela Si Pujangga yang setiap bait madah darinya berbunga-bunga. Sedangkan dirinya siapa? Langsung tidak ternama seperti Si Pujangga yang boleh disanjung dan dibangga-dibangga!

Sudah lama bayu malam tak bertandang..
Menyapa membisikkan kata rindu untukku..
Malamku bertemankan sepi di tangkai hati…
Sepi dan sepi sendiri…
Kelam tak bererti…
Bayu sepi itu hadir mendayu..
Mengalunkan kata rindu tak berlagu…
Sendu dalam syahdu…


Dia menatap dada langit nan biru bersama kepulan putih awan bak gula kapas. Tenang. Mega. Sang suria galak melempiaskan cahayanya taat menjalankan amanat Pencipta untuk menerangi seluruh alam bumi. Nostalgia pertemuan bersama kamu menggamit kembali. Indah dan segar. Manis sekali saat itu.. subhanallah..dalam diam dia bertasbih memuji Pencipta, memuja zat Yang Maha Kuasa.
Penanya galak menari -nari diatas hamparan warkah kumal putih bersih itu. mencoretkan madah-madah dari hati untuk diabadikan menjadi diari peneman setiap detik sepi.

Laskar hidup penuh kenangan
Indahnya pertemuan dalam berteman
Waktu tetap inginkan perpisahan
Dengan hati ini berat melepaskan
Namun hati ini tetap merelakan
Sentiasa mengabadi indahnya kenangan
Biarpun dirimu jauh berdampingan
Sungguh…..
Dirimu tetap di hatiku.


Hadir kamu tidak dia pinta. Kamu ketuk sukmanya saat dia dalam gelita. Tercari-cari cahaya cinta Sang Pencipta.. lalu.. kamu pergi tanpa kata untuk dia. Saat dia masih lagi tergapai-gapai dalam mencari kasih hakiki Si DIA.

Kenapa??

Kenapa singgah kalau tak masuk kedalam hatinya?

Hm… hadir kamu tak dia undang. Jadi kenapa pergimu hendak dia halang?? Desis hati kecilnya.

Dia sendiri benci! Persoalan hanya tinggal persoalan.. dan terkadang, bahkan acap kali saja soalan akan dijawab dengan soalan! Tak paham. Sangat tak paham.

Buat yang kesekian kalinya, fikirannya terus terpasung. Wajah kamu hadir lagi mencuit kamar memorinya. Iktisar saat-saat bahagia datang bertandang jua. Detik itu dia dapat merasai harumnya narwastu peribadi kamu.

Ah,indahnya!Tapi… siapa dia untuk bergandingan dengan kamu?? Layakkah dia menggamit keindahan itu tanpa keizinan kamu? Siapa dia?? Dan kamu…….