Monday, December 6, 2010

hijrah selamat jalan semalam.


Hari semalam sudah pergi.

hari esok pasti datang berjalan membawa seribu satu cerita pak belalang.

Nk di undurkan masa? Itu bukan kerja kita.

Kenapa memilih sesuatu yg mustahil kepastiannya?

baiklah suakan parang, hunuskan pedang lalu laungkan TAKBIR! ALLAHHU AKBAR!

Tak mungkin semalam kembali pulang andai diminta bertandang.

Kalaupun datang, tak mungkin sama kisahnya.

Ceriteranya malah mungkin berbeZa.

Bukankan sudah dikatakan sejarah tak mungkin berulang.

Yang hanya mampu, semarakan perjuangan.

Terus tak lelah mencari sinar hijrah.

Tak perlu menglipur bicara panjang bejela.

Hijrah itu kan pengorbanan,perjuangan malah persaudaraan juga membentuk perpaduan!

Kata bicara Almarhum Imam Ruhullah Khomeini mungkin sdah mmadai utk mentafsir makna hijrah…

“Umat Islam leka mendebatkan samada mana satu yang benar, meluruskan atau mendekap tangan ketika bersolat. Sedang dalam masa yang sama musuh bersatu
merancang untuk memotong sama sekali tangan kita”




puisi kamus otak sndri
1muharram1432h/071210

p/s: kucheng sy si chomel da slamat mlahirkan kembar 3 awal subuh pg td dan mereka dinamakan mu,ha dan ram sempena klahiran mereka pd 1 Muharram~ :) cpt besar ye!


Friday, November 12, 2010

yaqinlah--



kalau saya kata hidupnya tak bahagia…kamu percaya?

Ye…hidup dia tak bahagia.

Dunia kini semakin kejam!

manusia pasti di kecam. Dan tentunya dr segenap arah dan ruang.

Tahu,dia merintih dalam tangis.

Bahagianya palsu…senyumnya hambar.

Kerana itu semua demi menjaga hati yg didampingi disisi.

Dia rela hatinya sendiri menangis sepi.

demi bahagia kalian kemudi selalu

Biar dia menuju jalan yg tak bebiku, berliku.

Dia biarkan cemburu berkubur asalkan tak cemari hidupnya

Biarkan dia senyum selalu tanda dia tiada seteru.

Wlau pahit, yaqin manis pasti menunggu~

Dia yaqin itu!


Terima kaseh Tuhan.

Thursday, October 28, 2010

aku ada KAMU.

aku tahu DIA kekal disitu utk kuterus merindu
takkan DIA biarkan hidupku kelam kelabu
tanpa arah tuju
haru biru
keliru dlm sendu


puisi otot sendri.updated!

p/s: doakan aku,kami smoga berjaya semuanya~


Friday, October 1, 2010

sudah la..
aku dah penat dah.
sampai ble mahu begini?
sudah la.
sedah
sudah
sudah.
penat.
letih.
arghhhhhhhhh!
sudah lah tu!
tolong.please behenti.
aku dah penat.


=kamu xpaham,aku paham.=

Wednesday, September 15, 2010

kata bicara.

dengan kata
dengan cinta
hidup bermakna.

bicara saja, bulan bintang pasti mendengarnya
DIA jg Maha Pendengar setia.

Tuesday, September 7, 2010

salam.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


sayu hati ini saat ramadhan bakal pergi..
seandainya ia pergi tak kembali...
adakah sempat utk kita mencari bulan semulia ini?....

namun.........
syawal datang membawa seribu hikmah..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


salam lebaran.
salam aidilfitri maaf zaher baten~

-suci-


p/s: mohon kemaafan smua!

Saturday, September 4, 2010

al-qadr.

Maksudnya:

1.Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr.

2.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

3.Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan

4.Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.

5.Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).

***********

Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.” Riwayat Bukhari dan Muslim"

Dan dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:“Malam al-Qadar adalah malam yang indah penuh kelembutan, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar mataharinya kelihatan melemah kemerah-merahan.” (Hadis Riwayat ath-Thayalisi (394), Ibnu Khuzaimah (3/231), al-Bazzar (1/486) dan sanadnya hasan)

“Pagi hari (setelah) Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan (tanpa sinar), seakan-akan ia bejana sehinggalah ia meninggi.” (Hadis riwayat Muslim (762)


p/s: harap2 kita tak terlepas malam lailatu qadar ni...huh,byk dugaannya..nk2 10 mlm terakhir ni. hm..sy pn sejak akhir2 ni tido awal plak tu..sj je.. =.=

(btw,lagu blog ni mcm sumtim wrong je.cm xsesuai je ngan entry ni..ah,abaikan okheye!)

updated!


Friday, August 20, 2010

kasih DIA. Cinta dia. Sayang kamu. (l,ll,lll)

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Engkau Tuhan sekalian alam
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang
Yang Menguasai Hari Pembalasan
Kepada-Mu kami sembah dan kepada-Mu kami memohon pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan-jalan yang Engkau anugerahkan nikmat
Bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai
Dan bukan jalan orang-orang yang sesat…
Perkenankanlah~

Tasbih cintaku telah terhenti…
membawa ayat-ayat cinta jauh dari hati…
Dan demi kasih-Nya Aku rela melepaskan…
kerana aku tahu aku bukan untuknya…
Dalam sujud,
kan ku temui diri-Nya…
kekasih agung…
untuk kesekian kali aku rindui lagi….

*****
Gerimis senja datang lagi bersama bayu sepi dihati. Dia menyentuh lembut mutiara murah berjuntai di pipi. Sayu.
Kata pujangga, ‘’ yang patah tumbuh, yang hilang berganti.’’
Arghh!! Kau tu pujangga saja! Kau apa tau tentang aku??? apa kau pikir yang tumbuh tu sama? yang berganti tu serupa??! Jerit batinnya.
Seperti bodoh dia mencela Si Pujangga yang setiap bait madah darinya berbunga-bunga. Sedangkan dirinya siapa? Langsung tidak ternama seperti Si Pujangga yang boleh disanjung dan dibangga-dibangga!

Sudah lama bayu malam tak bertandang..
Menyapa membisikkan kata rindu untukku..
Malamku bertemankan sepi di tangkai hati…
Sepi dan sepi sendiri…
Kelam tak bererti…
Bayu sepi itu hadir mendayu..
Mengalunkan kata rindu tak berlagu…
Sendu dalam syahdu…

Dia menatap dada langit nan biru bersama kepulan putih awan bak gula kapas. Tenang. Mega. Sang suria galak melempiaskan cahayanya taat menjalankan amanat Pencipta untuk menerangi seluruh alam bumi. Nostalgia pertemuan bersama kamu menggamit kembali. Indah dan segar. Manis sekali saat itu.. subhanallah..dalam diam dia bertasbih memuji Pencipta, memuja zat Yang Maha Kuasa.
Penanya galak menari -nari diatas hamparan warkah kumal putih bersih itu. mencoretkan madah-madah dari hati untuk diabadikan menjadi diari peneman setiap detik sepi.

Laskar hidup penuh kenangan
Indahnya pertemuan dalam berteman
Waktu tetap inginkan perpisahan
Dengan hati ini berat melepaskan
Namun hati ini tetap merelakan
Sentiasa mengabadi indahnya kenangan
Biarpun dirimu jauh berdampingan
Sungguh…..
Dirimu tetap di hatiku.

Hadir kamu tidak dia pinta. Kamu ketuk sukmanya saat dia dalam gelita. Tercari-cari cahaya cinta Sang Pencipta.. lalu.. kamu pergi tanpa kata untuk dia. Saat dia masih lagi tergapai-gapai dalam mencari kasih hakiki Si DIA.

Kenapa??

Kenapa singgah kalau tak masuk kedalam hatinya?

Hm… hadir kamu tak dia undang. Jadi kenapa pergimu hendak dia halang?? Desis hati kecilnya.

Dia sendiri benci! Persoalan hanya tinggal persoalan.. dan terkadang, bahkan acap kali saja soalan akan dijawab dengan soalan! Tak paham. Sangat tak paham.

Buat yang kesekian kalinya, fikirannya terus terpasung. Wajah kamu hadir lagi mencuit kamar memorinya. Iktisar saat-saat bahagia datang bertandang jua. Detik itu dia dapat merasai harumnya narwastu peribadi kamu.

Ah,indahnya!Tapi… siapa dia untuk bergandingan dengan kamu?? Layakkah dia menggamit keindahan itu tanpa keizinan kamu? Siapa dia?? Dan kamu…….
*********

Sekali lagi persoalan itu berlalu pergi……huh! Dia mengeluh. Kosong. Padangan dia kabur. Manik-manik jernih mengalir lagi. Syahdu.
Kali ini dia berasa benar air matanya begitu murah… seperti tidak ada nilainya lagi. Terlalu murah. Inflasi. Dan ini pastinya kerana kamu. Tuhan, tolonglah dia.

Kenapa dia??kenapa perasaan ini harus ada?? Fitrah?? Huh! Dia mengeluh lagi.
Ah,persetan saja perasaan itu!!
Jeritan itu…Dia keliru. Antara jeritan saiad atau hasanadnya.

‘’ menyayangi dan mencintai seseorang itu dengan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiannya tanpa pengetahuannya dan orang lain adalah satu jihad!’’

Teringat dia tentang bicara ini dari ustaz ustazah bahkan dari sahabatnya juga.
Tapi…betul ke? Berjihadkah dia?? Mudah-mudahan….

‘sesiapa yang jatuh cinta kemudian menyembunyikan cintanya hingga kematian menjemputnya,maka dia adalah seorang yang syahid.’ (riwayat hakim,ibn asakir,al-dailami,dll)

Dalam dia mejalani hari-harinya yang sepi tetapi tetap bererti disisi sahabat sejati. Nota kuning itu tersingkap dengan bait penuh makna yang pernah dikirim daripada sahabatnya untuk dia.

Bila engkau memandang segalanya dari tuhanmu, yang mencipta segalanya, yang menciptakan ujian, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu,yang membuatkan keinginanmu terhalang,serta menyusahkan hidupmu,pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia…bukan Allah tak tahu betapa deritanya hidupmu,luluhnya hatimu,tapi mungkin itulah yang dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebegini yang selalunya lebih tersentuh,mudah untuk bertautan dan lebih mesra denganNya apabila kita sentiasa bersabar…

Sahabat nun jauh…

Ada getaran pada jiwanya saat dia membaca bait-bait ayat itu. Ingantan dia bertaut kembali mengenangkan kamu. Ingatkah kamu kepada dia? Tiadakah perasaan mengingati kamu kepada dia?? Walau sekelumit??

Eloknya peribadimu merabunkan mata batin dia dan dia juga sedar, dia harus berpaling dari mimpi ini. Apa yang dia dambakan Dalam dunia kamu yang berbeda dari hidup dia? Terpikirkah oleh akal dia Untuk dapatkan cinta yang sejati yang pasti bukan dari kamu? Terimalah seadanya wahai akal yang waras!

Ya ilahi.. kasihanilah hambaMu yang lemah ini. Engkau Maha Tahu tentang apa yang menimpa diri ini. Aku tak ingin kehilangan cintaMu. Namun Engkau juga tahu bahawa hatiku juga tak bisa mengusir pesona seorang makhluk yang Engkau ciptakan. Ilahi, berikanlah aku cawan kesejukan untuk ku letakkan embun-embun cinta yang menitis dalam dinding hatiku ini. Ya Rahman, tuntunlah aku sekalian langkahku pada jalan takdir yang paling Engkau redhai. Sesungguhnya aku serahkan hidup matiku hanya padaMu. Tuhan, andai hidupku ini lebih memberi kebaikkan untuk semua, maka Engkau panjangkanlah usiaku…tetapi, andai mati itu lebih baik untukku, Engkau matikanlah aku dengan RahmatMu..

Demi cintaNya dan cinta kamu dia berdoa. Besarnya kuasa cinta..tapi sajauh mana?

‘maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?(surah ar-rahman)
*********

Andai itu takdirnya, apa lagi yang mampu dia bicara. Itu jalan hidup kamu. mana mungkin dia mampu memandu arah hidup kamu. Dia sedar dia bukan siapa-siapa pada kamu.

Ya rahman ya Rahim..

Seandainya telah engkau takdirkan dirinya untukku, milikku, tercipta buatku…maka Engkau satukanlah hatinya dengan hatiku…Engkau titipkanlah sinar kebahagian
antara hati kami agar kemesraan itu abadi.

Ya Allah Ya Tuhanku yang mencipta rasa cinta… seandainya Engkau takdirkan bahawa dia bukan milikku, bawalah dia jauh dari pandanganku…hijabkanlah segalanya daripadaku..luputkanlah dia dari ingatanku..dan peliharalah aku daripada kekecewaan yang menapak di sukma ini..

Ya Allah Tuhan yang Maha Mengerti..berikan lah aku secebis kekuatan untuk melontar bayangan nya jauh ke dada langit hilang bersama senja nan merah agar aku bisa bahagia walaupun tanpa bersamanya. Ya llahi..engkau pasrahkan lah hatiku untuk menerima takdir mu..sesungguhnya apa yang Engkau takdirkan adalah yang terbaik untukku.. kerana aku tahu Engkau maha tahu apa yang terbaik untuk hambamu ini..

Ya Rahman..cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemelihara setia berdamping disisiku..di dunia dan di akhirat..dengarlah rintihan hambamu yang daif ini.. dan janganlah Engkau biarkan aku berjalan di bumi ini sendirian tanpa cinta yang hakiki dari-Mu Tuhan….

Buat kesekian kalinya dia menitip lagi beberapa cebisan doa untuk berada di ruang hatinya. Mungkin ini ingatan yang terakhir dia pada kamu. Dia berharap. Biarlah ini yang terakhir kamu dihatinya. Mahu saja dia lenyapkan segalanya..ingatan dia terhadap kamu.segala ttg kamu. Untuk itu dia sangat perlukan DIA.

Dan ini bait bicara terakhir yang dicoretkan dalam diari Kasih DIA. Cinta dia. Sayang kamu.

Telah aku terima takdir dari yang Esa.

Hikayat derita cinta aku dan dia…

andai itu takdirNYA aku terima seadanya. . .

lalu…cebisan bait madah ini juga mengakhiri coretan diari Kasih DIA. Cinta dia. Sayang kamu.

ketika diri mencari sinar..secebis cahaya menerangi laluan.. adakalanya langkahku tesasar…tersungkur di lembah kegelapan… bagaikan terdengar bisikan rindu,mengalunka kalimah menyatakan keinsafan..kehadiranmu menyentuh kalbu..menyalakan obor pengharapan …tika ku kealpaan kau bisikkan bicara keinsafan.. kau beri kekuatan tika aku diuji dgn dugaan.saat ku kehilangan,kau nyalakan harapan.saat ku keraguan,keampunan tuhan…kau katakana,rahmatnya mengatasi segalanya….

“maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?”

Thursday, August 12, 2010

sejenak.

malam akan belalu.dan sekarang larut menampakkan diri.larut malam.pastinya dinihari akan menjelma sementelah siang.siang pasti menebarkan tabir mentari.

ramadhan datang.syaaban pergi.syawal bakal menjelma. itupun jika kali ini diberi peluang untuk si syawal menjenguh. suci sang hati tentunya sayu andai ramadhan akan pergi bersama barakah, hilang bersama rahmat. seandai ramadhan pergi tak kembali, adakah sempat untuk meraih bulan semulia itu?namun terawikh bertandang utk memudahkan perjalanan. carilah sekeping dua barakah dan rahmat disitu agar perjalanan bersama ramadhan tak sia-sia.


p/s: Rasulullah bersabda, "sesiapa yang berpuasa di bulan ramadan dgn penuh keikhlasan dan keimanan,nescaya akan diampuninya dosa yang lalu."
(hadith riwayat Baihaqi)

Monday, August 9, 2010

diam.

diam.diam.diam.diam.diam.diam.
diam je sudah.
kan??
nampak mcm lbh baek je kan diam.
diam.diam
diam.
soal hati,diam.
soal perasaan,diam.
derita,diam.
diam je sudah.
diam.diam.diam dan terus diam.pendam dan peram sekalian diam.

*******
bila aku boleh meminta... aku ingin tahu semua apa yang ada di sisi hatinya utk ku.. TUHAN.. ku pasrahkan diri dan jiwaku utk menerima smua jalan takdir dari-Mu mengikut apa yang Kau tunjukkan jalan buatku..


updated!
lebels: secret;rahsia;diam;silent mode.

Friday, July 30, 2010

1st time~

lalalalalalalala~
salam.
salam sjahtera.
salam satu,dua,tiga malaysia~
salam ukhwah.salam semua.

xdop nape nok oyap.hanya nak cuba ptama kali jwb tag walhal sudah byk kali aku di tag.
sekalian update blog.bekarat suda.polish skit2.
betul kah begni eah jwb tag mctie?
sblum tu ak nk taw definisi tag. kamu jwb yop!
tax aku taw.tag ak tak taw.

jd..malas suda saya nk merapu makan kerapu dgn garfu dan yong tau fu..
terus kpd tag yg diberi ye...

dgn lafaz yg mulia, bismillahirrahmannirrahim...
saya dgn bangganya menjawab tag ini.......

nama panggilan ; nurul.nuyu.ganu.ngoh.kakngoh.hasriah. n...da most glamour name in my life....jeng3... s.i.o.h.. woah! gtu~ sapa sangaka sapa mnduga~

saya suka: suka

sahabat2 baek saya: awak.kamu.dia.tu yg saem dgn saya sume tu la..

saya x faham:sume benda yg mnimbulkan persoalan.sakit otot o0o0~


ramai yang kata saya: huhuhu..mcm2..suci.hahaha :) tu la besenye 1st impression mereka kt sy. innoncent. hurmmm~


saya paling meluat: bile org jd jahat...ape2 je yg ada kaitan ngan kjahatan,evil,devil sume..mmg saya meluat lorh! euwwww...


aktiviti atau program hari ney: cm bese,g clas.blik clas.wt slide xtvt membntuk huruf ABC is fun!.now,buffer cite janji kekasih.jp g tgk. +.+


perancangan hujung minggu: no plan.tgk keadaan.ingat nk g amek phone kt umah paksu.
hp tetinggal lorh tempoh hari.hukhuk.


saya rasa kesal bila: sy wt benda yang boleh menyesalkan hdup sy.

saya rasa saya seorang yang: tak taw pape.xbyk ilmu.xberilmu kta dr.tan.blur.biasa. =.=


Pengalaman pahit untuk minggu ini: byk.mgu yg complikated..sampai g jumpe kaunselor kowt.
caya op?dop?suda~

pengalaman manis untuk minggu ini: notim much.btw,tq 4 ousmate wt mulut manis utk maniskan mggu sy.terima kaseh.


kali terakhir tengok wayang: xpenah tgk.pecaya tak?but wayang kulit tgk.tp da lama da.tgk kt u tube. :)


dalam seminggu saya akan update blog sebanyak: smiggu skali blum tentu sy akn update.tgk cuaca la cm mana.kalo xad guruh oke jew!

5 orang yang anda rasa nak tag: kamu.awak.anda.engkau.u. :)



~~~~sekian terima kaseh.mctie,nuyu tu aku eah? mknanya mmg kamu tag bnda ni utk aku ea?
huhu..terima kaseh la ea sbb bg pengalaman kat aku utk merasai pengalaman tagging2 ni..
huh!

Sunday, July 11, 2010

kembalikan jiwaku.

wahai jiwa yang tenang...
kembalilah kpd Tuhan mu dgn hati yg redha dan dredhai...


TUHAN,
kembalikan jiwaku
bersama rahmatmu
iringi aku dgn hembusan RAHMAN-Mu
agar aku mampu berjalan di bumi-Mu

TUHAN,
aku mohon...
kembalikan jiwaku
agar tenang selalu.

labels: sakit jiwa vs jiwa kacau

Friday, June 25, 2010

gud nite mo0n...


gud nite mo0n.. see you after sunshine~


*******
Mati Hidup Kembali

Jalan raya terlampau sunyi
Untuk ku terus bermimpi
Mataku belum mengantuk lagi
Bawa ke mana sahaja ku pergi
Tunjukkan ku bulan gerhana
Tiada siapa nak ku jumpa
Pendirian tiada ku sangka ada
Tak mengapa oh tak mengapa

Chorus
Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali
Bawakan ku hilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Angkasa penuh dengan berlian
Ku capai sebelah tangan
Sebalik awan ada cahaya
Bercahayalah selamanya
Daku tertawa seorang diri
Darah yang mengalir terhenti
Fikiranku melayang-layang
Tiada siapa yang perasan

*****
hurm..sesungguhnya bg yg tdk mggunakan sixsense utk bca entri ini agak sukar untuk merelate kan ape yg ada n tertype di sni.. huh? ape ni?huk3
jd,,harus bg kamu utk bkn shj menggunakan mata kasar..tetapi jg mata hati.sekian,wassalam~

p/s: jiwa kacaw sebati ngn hempedu..krn..terpaksa mencemar duli meninggalkan istana ara hill untuk hamba berjihad kembali...arakian,amat berdukacita lah hati hamba dikala papan kekunci ini terpicis...akhir kata,skali lagi hamba membawa smua yg ada ke zaman shakespear -go0d night mo0n.. see you after sunshine~ +.+

Monday, June 21, 2010

kasihan dia~~

tip top tip top ujan da turun...

cian.dia.
sapa?
abang.saya.
kenapa?
hm.kne.maen.bola.tgah.ujan.
so?
ye.la. malam.ni.mesti.dia.demam.+sakit.kelapa.+selsema.
cian.dia.
tp.apakan.daya.itu.tugasnya.
awak ada abang kah?
hm.......



kalo.saya.kata.dalam.gambar.di.atas.tu.abang.saya,kamu.pecaya?



hahahahahahaha.saya tau xkan pcaya..org itu x mungkin abgku.hm..ape yg pntg pd tanggal semalam, dia dpt jg sumbat goal utk portugal. lalalalalalala~





p/s:sj..nk update b.l.o.g...hukhukhuk.. btw, happy belated AYAH's day to ZAKARIA ibni Ibrahim n suma yg bergelar bapa dan sewaktu dgnnya.. (bapa ayam tak termasuk yept!)

model:ayah saya dan saya

lokasi: kfc bandar bawah tasik

solekan: sendiri

juru gambar: kakak saya aka norhasila zakaria

kata2:ayah saya buat2 macho..ktanya,gmbar candid nmpk macho.sbb tu dia tak tgk camera..hep elleh~

sekian,wassalam~ updated!

Wednesday, June 2, 2010

lets we move on to da next point!

cepat!!! aku dalam dilemma!
jd harus bagaimana??
****
patutkah aku...kita terus begini?
terus begelumang dengan fb?
bkankah ia.............mnghina nabi?
jd harus bgaimana ni???
mari kita smua btukar...ke mfb maybe...



baca lah bingkisan episod ni:--


nurul_1505: apih!
Apih Apihmung: ye
Apih Apihmung: :)
nurul_1505: duk mana?
Apih Apihmung: rmah bndar tun razak lg
Apih Apihmung: bkponya?
nurul_1505: sj...
nurul_1505: bla nk balik klate?
Apih Apihmung: rabu mlm
nurul_1505: bkpe lwt sgt?
nurul_1505: huhuu
Apih Apihmung: nk g rmah abg nuar dlu
nurul_1505: baeknye.........
Apih Apihmung: tgk dok fb aku xdok doh
nurul_1505: wt gapo?
Apih Apihmung: nak jupo nga yo sajo2
nurul_1505: owh..ok..
nurul_1505: fb...dop..
nurul_1505: nk tgk gano?
Apih Apihmung: beberapa hri lg fb aku akn dipdm scara otomatik
nurul_1505: hm............
nurul_1505: duk srg ke dumah tu?
Apih Apihmung: xbaik guna fb
Apih Apihmung: ye
nurul_1505: bkpo dop baekk nyo?
nurul_1505: atas kito blake..
Apih Apihmung: sbb yo anjur penghinaan nabi kita
Apih Apihmung: lg pun bila kita guna fb dia dpt duit
nurul_1505: hm...do ad je ustaz gne fb..
nurul_1505: huhu
Apih Apihmung: sbb ustaz xtaw mndalam selok belok perniagaan fb
Apih Apihmung: ustaz pun ore
Apih Apihmung: 1 juta org islm guna fb msti untung org yahudi n kafir
Apih Apihmung: semua mklumat duk nga mereka
nurul_1505: hm...
nurul_1505: taw r ak..
nurul_1505: mu ni sj je..huhu
Apih Apihmung: cuba pk logik fb duk hina nabi tp kita guna fb...kata syg nabi tp sokong fb
Apih Apihmung: elak perkara was-was sbb was2 tu brcmpur haram
Apih Apihmung: trpulng pd kita nk menilainye

Apih Apihmung:
Everybody Draw Mohammed Day! Facebook
19 May 2010 ... Welcome to a Facebook Page about Everybody Draw Mohammed Day! Join Facebook to start connecting with Everybody Draw Mohammed Day!
www.facebook.com/pages/Everybody-Draw.../121369914543425?... - Cached
Apih Apihmung: tgklah betapa biadapnye lngsung xhormat muhammad SAW
nurul_1505: huhuhu..
nurul_1505: kne istiqarah ni..hihihi
Apih Apihmung: ulamak2 dh stuju kata haram xkn nk ikut ustaz..hahahha logik sikit
Apih Apihmung: klu dh brcmpur haram n halal ape lg haramlah
Apih Apihmung: sama kita org islam boikot fb bkn fb jer yg ada byk lg pilihn....taw x 1.3 billion kesemuanya islam just guna jari klik diactive...berat sgt ke????? bru org kafir taw jgn insult islam
nurul_1505: hmm...btul...tp...
nurul_1505: hurmm..ok3..
nurul_1505: hm...serba salah r...
nurul_1505: aku jupe kwn2 lama pn sbb fb r..
nurul_1505: mlalui fb..
Apih Apihmung: oyak ko kwn2 lme2 jom tukar ko laman sosial lain..minta email
Apih Apihmung: hendak sseribu daya
nurul_1505: mfb tu ape?
Apih Apihmung: org rajin mencri jalan org mls mencari alasan
Apih Apihmung: pepatah sape tuu
Apih Apihmung: nurul gak ms prapismp
Apih Apihmung: mfb xstabil lg
Apih Apihmung: minggu depn bru complete
nurul_1505: hahahah...kene ats btg idong kowt!
nurul_1505: i ll try...
Apih Apihmung: hahahahaha
Apih Apihmung: apis igt pepatah yg baik mcm tu
nurul_1505: .......
Apih Apihmung: sbb tu apih xkn putus asa dlm sesuatu yg apis nk
nurul_1505: tp...tu la kn...
nurul_1505: bkpe org kita tak mcm org dia?
nurul_1505: wt r laman sosial cm tu jg..
nurul_1505: huhu
Apih Apihmung: org dia tu sape?
nurul_1505: bkpe mst yahudi monopoli..
Apih Apihmung: MFB tu is better thn FB but still under progress
Apih Apihmung: apih dah buat group IPGMIK
Apih Apihmung: tunggu korang bdk2 FB msuk jer
nurul_1505: mfb tu ape dah?
Apih Apihmung: tgn dh terbuka luas
Apih Apihmung: MILLATFACEBOOK
Apih Apihmung: MILLAT brmksud negara/ummat
Apih Apihmung: sma jer dgn FB
Apih Apihmung: nk tunjuk kat kafir igt org Islam xleh buat kew??
nurul_1505: sape pengasas?
Apih Apihmung: org pakistan WHITE HAT HACKERS
Apih Apihmung: enam org berusia 26 -28 tahun
nurul_1505: any info bout tht? nk google r..hihi
Apih Apihmung: tuu maklumat yg apih dpt betul ke slh xtaw
Apih Apihmung: satu jer yg best kita bleh buat album lagu letak lgu2 yg kita suka dlm MFB
Apih Apihmung: bleh edit
Apih Apihmung: kelemahan MFB sedang diperbaiki jaminan dia bg dua hari
nurul_1505: oo..lg? pe lg yg mfb bleh tndingi fb?
nurul_1505: bia sng kte nk promote..
Apih Apihmung: MFB ni kacukkn FB+frienster+tagged
nurul_1505: 1. yg ore taw,mfb dia lbh kt hrf m...
Apih Apihmung: nk taw nurul msuk sndiri ajak kwn2
Apih Apihmung: bila MFB dh ok lg syok nk lyn sbb koment yg terkoment bleh pdm
nurul_1505: seach mfb je ke?
Apih Apihmung: search MILLATFACEBOOK
nurul_1505: ok
Apih Apihmung: klu dh buat jgn lupa oyak ko apis
nurul_1505: orrait~
nurul_1505: apih bila la nk g umah abg nuar?
Apih Apihmung: esok
Apih Apihmung: dh nk mghrib ni...apih nk ready g solat dh....
nurul_1505: ok..g sejid ke?
Apih Apihmung: yup..x pun surau
Apih Apihmung: bye..assalamualaikum
nurul_1505: ok3...
nurul_1505: waalaikumussalam.



----so mcm mana? jom la smua..kita ke mfb..

saya pun mungkin akn dactivate fb..huhu.. sdikit sbyk...betul gak ape yg apih kata..hu3..tp gtu la kan...hm...bejaya jg si apih ni mempengaruhi hamba! promoter yg bjaya walaupun xsepenuhnya.vah!



p/s:

smoga smuanya selamat utk flotila bantuan kemanusian ke Gaza jg warga palestin~

Allahummansuril mujahiddin Islam filfalastin~

Tuesday, June 1, 2010

untuk si kamu2 itu~

Assalamualaikum buat smua
salam dihulur seikhlas bicara
salam sejahtera salam satu Malaysia
salam suka ria hamba bertemasya! kuam3
lama tak beraksara punca bertapa
dalam bertapa lemak dibina
bertapa hamba bsama keluarga
mencari sinar suka dan gumbira
duhai sahabat (hanim,fatin,muni) nun jauh disana
tdkkah kamu sdg berduka?
mendengar hamba mjamu selera...
pulanglah sahabat kepangkuan kluarga
nasi kerabu bonda sedia....
budu cap ketereh penambah rasa
fuhhh!!! sdapnya mmg tak terkata
air kelapa muda ayahanda sua
pulanglah sahabat kesisi mereka
pulanglah..pulanglah..pulanglah!!
hamba seru namamu smua..
durian juga...
rambutan juga...
smuanya menyeru memanggil namamuuUuu~~
muahahahahahahahahahahahahahahaAAaaAaa
cukup disini sj hamba berpujangga
bukan khilangan idea atau kekeringan kata
tp..bimbang air mata mengalir meruntun jiwa(eapecially mek nim)
tidakkah keruan pula jadinya?
akhir kata,bersamalah kita melestarikan bahasa,membina lemak memperjuangkan selera!yeaahh!!! :D
puisi otot sendiri, 2010

Saturday, May 8, 2010

plastik kuning itu melayang lalu jatuh ke tanah...

seorang laki-laki mendatangi Rasulullah s.a.w lalu bertanya :

" wahai Rasulullah, siapakah yang plg berhak aku layani dengan baek?" baginda pn bersabda, " ibumu." lelaki tersebut bertanya lagi, " kemudian siapa?" baginda rasul menjawab lagi,"ibumu." lelaki itu bertanya lagi, "kemudian siapa?" baginda bersabda, "ibumu." lelaki itu bertanya lagi, " kemudian siapa?" lalu, baginda menjawab,"ayahmu." (Abu Hurairah r.a.)

*********************************************

Bush!! @ Bubb!! satu beg plastic kuning melayang lalu jatuh ke tanah. Macam nangka busuk jatuh. Macam ada sesuatu kt dalam beg plastik tu. Dan sesuatu itu adalah seperti kain baju.

“amek tuh.amek semua kain baju tu..pegi maen lg! jgn balik2 kalo dah nak maen sangat! berapa kali nak pesan? Sebelum magrib balik!!” mak btul-btul marah kat angah petang tu.

Ayah, abang dan acik smua tak nak masuk campur. Angah terkejut mak marah sampai macam tu…mak tutup pintu dan biar je angah ngan plastic kuning kat luar tu macam tu.angah nangis,minta maaf dan minta mak buka pintu. Angah kata tak nak buat lagi. Itu janji angah bila kuar maen dah tak nak balik sampai magrib. Tp mak ttap tak buka pintu bagi angah masuk. Angah nangis sambil peluk plastic kuning yang mak baling tadi.

Tiba-tiba ada orang buka pintu. Ayah yang buka.

“dah, masuk.pegi mandi pastu semayang.” Mendatar suara ayah mengarah angah tp ada ketegasan di situ.

Mak buat-buat tak tahu. Masa tu mak siap-siap nk mengajar abang dan acik mengaji.angah jalan sambil tunduk.angah dah tak berani lagi,takut nak bersemuka dengan mak.angah dah buat mak marah sangat hari ini. Angah rasa bersalah tp angah takut nk mitak maaf ngan mak. Angah pilih untuk berdiam diri. Tp td, mase mak nak tutup pintu tak bagi angah masuk, angah dah janji ngan mak tak nak maen sampai magrib lg.

Lepas saja mengaji, angah terus masuk bilik. Angah nangis lagi. Angah budak degil. Hari tu, angah dan kawan angah ada jumpa anak kucing dalam surau lama belakang pejabat ayah. Comel. Anak kucing tu mengiau. Kawan angah cakap dia lapar dan kne bagi dia makan nasi. Angah balik umah nk amek nasi dan ikan untuk bagi kat kucing tu. Tp cara angah salah. Angah amek tak bagitahu mak.angah amek senyap-senyap je nasi ngan ikan tu. Angah ingat lg, satu hari mak tahu ape angah buat. Lepas balik sekolah tengah hari,terus pegi maen.hari-hari angan wat cam tu. Sebab tu mak perasan.Tp angah bukan pegi maen. Angah ngan farah cuma pegi bagi kucing makan. hari tu pun mak tegur kalau nak ape2 mintak. Mak ckap lg, mak tak marah kalaw angah nk bg kucing tu makan, tp jgn amek tak mintak. Angah tahu benda tu salah, angah mintak maaf. Tapi kalaw angah mintak izin nak kuar tgah2 hari mcm tu, msti mak tak bagi. Mak mesti suruh pegi waktu petang saja. Angah dah janji ngan farah.

Angah mmg budak degil. Bila waktu sembahyang, mesti liat.

“kejap la mak…5minit lg..nanti iklan, angah sembahyang.” alasan Angah selalu mcam tu bila tengah syok tengok tv.

Silap-silap angah dapat lima bintang kat paha. Ketam darat mak selalu kne tanpa ada amaran lg. mak xnak bebel panjang2. Susah sgat, liat, mak cubit je kat paha. Angah dapat 5,sbb abang tu adik angah,kecik dr angah, dia dapat 4 bintang dan acik dapat 3. Sakit. Bila dah rasa sakit macam tu baru cpt nk pegi semayang.

“jgan sembahyang tu sebab takutkan orang marah,takut Tuhan marah! Tahu?!” tegur mak sambil jeling.

Angah tahu…mak sayang kami..sebab tu dia wat macam tu…

*******

Sekarang angah da besar... mak kata, bila da besar,angah pandai la fikir sendiri. da tau mana yang buruk, mana yang baik. Mak tak nak marah-marah angah macam dulu da..cuma sesekali mak akan tegur kalau angah benda tu sangat tak patut..

dan..........

..................

..........................

angah tu aku la! Pemilik blog ini…

aku=angah=pemilik blog ini!

hahahahhaha..ingat kisah dulu-dulu…mmg rasa sangat degil mase kanak-kanak dulu. Skrg pn ad lg degil ni..huhu. klakar pun ada bila ingat cite tu balik.

Nk taw ape dalam plastic kuning tu sebenarnya? Dalam tu bukan la kaen baju aku pun sangat. Tu semua kaen buruk yang mak aku mmg nk buang atau pun nak buat lap dapur! Wallameyh! Aku nih abes emo duk nangis ingatkan tu btul2 baju aku.hwaaaaaaaa! ape2 pun angah mintak maaf ye! Semua! SAYANG kamu!


my very sgt so amat beLOVEd mother n father~

Saya sayang sangat mak saya~

selamat hari ibu buat NOR AINI BINTI HJ DAUD