Saturday, May 8, 2010

plastik kuning itu melayang lalu jatuh ke tanah...

seorang laki-laki mendatangi Rasulullah s.a.w lalu bertanya :

" wahai Rasulullah, siapakah yang plg berhak aku layani dengan baek?" baginda pn bersabda, " ibumu." lelaki tersebut bertanya lagi, " kemudian siapa?" baginda rasul menjawab lagi,"ibumu." lelaki itu bertanya lagi, "kemudian siapa?" baginda bersabda, "ibumu." lelaki itu bertanya lagi, " kemudian siapa?" lalu, baginda menjawab,"ayahmu." (Abu Hurairah r.a.)

*********************************************

Bush!! @ Bubb!! satu beg plastic kuning melayang lalu jatuh ke tanah. Macam nangka busuk jatuh. Macam ada sesuatu kt dalam beg plastik tu. Dan sesuatu itu adalah seperti kain baju.

“amek tuh.amek semua kain baju tu..pegi maen lg! jgn balik2 kalo dah nak maen sangat! berapa kali nak pesan? Sebelum magrib balik!!” mak btul-btul marah kat angah petang tu.

Ayah, abang dan acik smua tak nak masuk campur. Angah terkejut mak marah sampai macam tu…mak tutup pintu dan biar je angah ngan plastic kuning kat luar tu macam tu.angah nangis,minta maaf dan minta mak buka pintu. Angah kata tak nak buat lagi. Itu janji angah bila kuar maen dah tak nak balik sampai magrib. Tp mak ttap tak buka pintu bagi angah masuk. Angah nangis sambil peluk plastic kuning yang mak baling tadi.

Tiba-tiba ada orang buka pintu. Ayah yang buka.

“dah, masuk.pegi mandi pastu semayang.” Mendatar suara ayah mengarah angah tp ada ketegasan di situ.

Mak buat-buat tak tahu. Masa tu mak siap-siap nk mengajar abang dan acik mengaji.angah jalan sambil tunduk.angah dah tak berani lagi,takut nak bersemuka dengan mak.angah dah buat mak marah sangat hari ini. Angah rasa bersalah tp angah takut nk mitak maaf ngan mak. Angah pilih untuk berdiam diri. Tp td, mase mak nak tutup pintu tak bagi angah masuk, angah dah janji ngan mak tak nak maen sampai magrib lg.

Lepas saja mengaji, angah terus masuk bilik. Angah nangis lagi. Angah budak degil. Hari tu, angah dan kawan angah ada jumpa anak kucing dalam surau lama belakang pejabat ayah. Comel. Anak kucing tu mengiau. Kawan angah cakap dia lapar dan kne bagi dia makan nasi. Angah balik umah nk amek nasi dan ikan untuk bagi kat kucing tu. Tp cara angah salah. Angah amek tak bagitahu mak.angah amek senyap-senyap je nasi ngan ikan tu. Angah ingat lg, satu hari mak tahu ape angah buat. Lepas balik sekolah tengah hari,terus pegi maen.hari-hari angan wat cam tu. Sebab tu mak perasan.Tp angah bukan pegi maen. Angah ngan farah cuma pegi bagi kucing makan. hari tu pun mak tegur kalau nak ape2 mintak. Mak ckap lg, mak tak marah kalaw angah nk bg kucing tu makan, tp jgn amek tak mintak. Angah tahu benda tu salah, angah mintak maaf. Tapi kalaw angah mintak izin nak kuar tgah2 hari mcm tu, msti mak tak bagi. Mak mesti suruh pegi waktu petang saja. Angah dah janji ngan farah.

Angah mmg budak degil. Bila waktu sembahyang, mesti liat.

“kejap la mak…5minit lg..nanti iklan, angah sembahyang.” alasan Angah selalu mcam tu bila tengah syok tengok tv.

Silap-silap angah dapat lima bintang kat paha. Ketam darat mak selalu kne tanpa ada amaran lg. mak xnak bebel panjang2. Susah sgat, liat, mak cubit je kat paha. Angah dapat 5,sbb abang tu adik angah,kecik dr angah, dia dapat 4 bintang dan acik dapat 3. Sakit. Bila dah rasa sakit macam tu baru cpt nk pegi semayang.

“jgan sembahyang tu sebab takutkan orang marah,takut Tuhan marah! Tahu?!” tegur mak sambil jeling.

Angah tahu…mak sayang kami..sebab tu dia wat macam tu…

*******

Sekarang angah da besar... mak kata, bila da besar,angah pandai la fikir sendiri. da tau mana yang buruk, mana yang baik. Mak tak nak marah-marah angah macam dulu da..cuma sesekali mak akan tegur kalau angah benda tu sangat tak patut..

dan..........

..................

..........................

angah tu aku la! Pemilik blog ini…

aku=angah=pemilik blog ini!

hahahahhaha..ingat kisah dulu-dulu…mmg rasa sangat degil mase kanak-kanak dulu. Skrg pn ad lg degil ni..huhu. klakar pun ada bila ingat cite tu balik.

Nk taw ape dalam plastic kuning tu sebenarnya? Dalam tu bukan la kaen baju aku pun sangat. Tu semua kaen buruk yang mak aku mmg nk buang atau pun nak buat lap dapur! Wallameyh! Aku nih abes emo duk nangis ingatkan tu btul2 baju aku.hwaaaaaaaa! ape2 pun angah mintak maaf ye! Semua! SAYANG kamu!


my very sgt so amat beLOVEd mother n father~

Saya sayang sangat mak saya~

selamat hari ibu buat NOR AINI BINTI HJ DAUD

Thursday, May 6, 2010

Kasih DIA. Cinta dia. Sayang kamu. (lll-akhir)

Andai itu takdirnya, apa lagi yang mampu dia bicara. Itu jalan hidup kamu. mana mungkin dia mampu memandu arah hidup kamu. Dia sedar dia bukan siapa-siapa pada kamu.

Ya rahman ya Rahim..

Seandainya telah engkau takdirkan dirinya untukku, milikku, tercipta buatku…maka Engkau satukanlah hatinya dengan hatiku…Engkau titipkanlah sinar kebahagian
antara hati kami agar kemesraan itu abadi.

Ya Allah Ya Tuhanku yang mencipta rasa cinta… seandainya Engkau takdirkan bahawa dia bukan milikku, bawalah dia jauh dari pandanganku…hijabkanlah segalanya daripadaku..luputkanlah dia dari ingatanku..dan peliharalah aku daripada kekecewaan yang menapak di sukma ini..

Ya Allah Tuhan yang Maha Mengerti..berikan lah aku secebis kekuatan untuk melontar bayangan nya jauh ke dada langit hilang bersama senja nan merah agar aku bisa bahagia walaupun tanpa bersamanya. Ya llahi..engkau pasrahkan lah hatiku untuk menerima takdir mu..sesungguhnya apa yang Engkau takdirkan adalah yang terbaik untukku.. kerana aku tahu Engkau maha tahu apa yang terbaik untuk hambamu ini..

Ya Rahman..cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemelihara setia berdamping disisiku..di dunia dan di akhirat..dengarlah rintihan hambamu yang daif ini.. dan janganlah Engkau biarkan aku berjalan di bumi ini sendirian tanpa cinta yang hakiki dari-Mu Tuhan….

Buat kesekian kalinya dia menitip lagi beberapa cebisan doa untuk berada di ruang hatinya. Mungkin ini ingatan yang terakhir dia pada kamu. Dia berharap. Biarlah ini yang terakhir kamu dihatinya. Mahu saja dia lenyapkan segalanya..ingatan dia terhadap kamu.segala ttg kamu. Untuk itu dia sangat perlukan DIA.

Dan ini bait bicara terakhir yang dicoretkan dalam diari Kasih DIA. Cinta dia. Sayang kamu.

Telah aku terima takdir dari yang Esa.

Hikayat derita cinta aku dan dia…

andai itu takdirNYA aku terima seadanya. . .

lalu…cebisan bait madah ini juga mengakhiri coretan diari Kasih DIA. Cinta dia. Sayang kamu.

ketika diri mencari sinar..secebis cahaya menerangi laluan.. adakalanya langkahku tesasar…tersungkur di lembah kegelapan… bagaikan terdengar bisikan rindu,mengalunka kalimah menyatakan keinsafan..kehadiranmu menyentuh kalbu..menyalakan obor pengharapan …tika ku kealpaan kau bisikkan bicara keinsafan.. kau beri kekuatan tika aku diuji dgn dugaan.saat ku kehilangan,kau nyalakan harapan.saat ku keraguan,keampunan tuhan…kau katakana,rahmatnya mengatasi segalanya….

“maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?”