Monday, April 25, 2011

pak cik oh pak cik :)

wajib dijawab: waalaikumussalam.. :)

~~~~

aha! pak cik,pak cik...
kiut la pak cik ni...
kiut sungguh pak cik ni berkata-kata..

ceritanya begini...

ada seorang kakak kpd seseorang ini harus menemubual seorang pak cik.. dan halnya adalah berkaitan perkampungan tersebut. kampungnya pula adalah sebuah perkampungan orang asli. ye,memang asli. tp,pasti akan ada pembangunan juga nanti.oke,tak nak cerita lagi.. kita tengok saja kata-kata pak cik yang kiut ni macam mana.. :)


kakak : pak cik, macam mana hidup di kampung ni? semuanya ok?

pak cik : baik. (senyum dengan sbaris gigi kekuningan.kiut!)

kakak : (tersenyum) hm..jadi, pak cik rasa, pada pandangan pak cik, sejauh mana taraf hidup kampung ni ye?

pak cik : ha? alah, tak jauh..dekat je..kampung ni dengan kampung sebelah dekat je..tak jauh pun..jalan kaki pn sampai..boleh hidup lagi..stakat ni, tak ada lagi la penduduk sini jalan sejauh tu mati.. (bersungguh-sungguh pak cik tu bg penjelasan.kiut!)

kakak : (+.+)...err..hm,bukan tu maksud saya pak cik..maksud saya, mcm mana dengan keadaan kampung pak cik ni sekarang? hurmmm...

pak cik : owh.... . . . . . . . . . . . . (tpinga-pinga sambil sengeh kiut lagi!)

....dan temu bual ttp diteruskan....

~~~~~


gambar ni sekadar hiasan

hurm....bila tafsir ttg kehidupan diorang, memang agak asli. ada originalitynya. ada sweetnya :) dan ada juga terharunya.. pak cik..pak cik..jangan buat kiut sangat taw.. make my liver melting larh! :')



p/s: maka nikmat tuhan mu yang manakah yang engkau dustakan?


Wednesday, March 16, 2011

love and like.

ding dong ding dong ding!!!...

ladies n gentleman,

wif my plessure...

most welcome t0:

LOVE and LIKE!!!

(.") c",?

love RAINBOW,like RAIN
love SKY,like STAR
love SEA,like ISLAND
love LIGHT,like MOON
love BRIGHT,like SUN
love NATURE,like MOUNTAIN
love FREEDOM,like BIRD
love CATS,like MEOW
love CHOCOLATE,like CADBURY
love DONUT,like NUTS
love ICE-CREAM,like POLYPOP
love KFC,like McD
love BANANA,like PAPAYA

love
LIKE
love
LIKE
love
LIKE

loveLIKEloveLIKEloveLIKE

LOVE LIKE!

~the end, thank you~
|(^.^)/



~~~LOVE ME,LIKE YOU~~~


Tuesday, March 1, 2011

kisah tentang C I N T A.

ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan ALLAH melalui kehidupan Rasul-Nya.....
=======

pagi itu...
walaupun langit telah mulai menguning menampakkan siang..
burung-burung gurun tetap enggan mengepakkan sayap

pagi itu...
Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah..

"...wahai umatku! kita semua dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya...maka,taati dan bertaqwalah kepada-Nya..."

baginda meneruskan bicaranya lagi, "...ku wariskan dua perkara kepada kalian, Al-Quran dan Sunnahku..."
"barangsiapa mencintai Sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan masuk Syurga bersama-samaku."

khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca. Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Uthman menghela nafas panjang. Ali menundukkan kepala.lesu.

isyarat itu telah datang. saatnya sudah tiba.

" Rasulullah akan meninggalkan kita semua..." keluh hati semua sahabat tika itu.
manusia tercinta itu hampir slesai menunaikan tugasnya di dunia ini.

tanda-tanda itu semakin kuat.makin dekat terasa.

Ali dan Fadhal dengan pantas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah saat baginda turun dari mimbar. di saat itu seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

matahari kian tinggi, tetapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. sedang di dalamnya Rasulullah sedang terbaring lemah dgn dahinya berkeringat dan membasahi pelepah kurma yg menjadi alas tidurnya.

tiba-tiba dari luar pintu rumahnya terdengar seseorang berseru mengucap salam.
" bolehkan saya masuk?" tanyanya.
tetepi Fatimah tidak mengizinnya masuk. "maaflah, ayahku sedang demam." kata Fatimah yang membalikkan badan dan lansung menutup daun pintu. kemudian dia kembali menemani ayahandanya yang ternyata membukakan matanya dan bertanya kepada Fatimah.
"siapakah itu wahai anakku?"
" tidak tahulah wahai ayahku, orangnya spt baru sekali ini aku melihatnya." tutur Fatimah lembut.
lalu Rasulullah menatap puterinya itu dgn pandangn yg menggetarkan. seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu ingin dikenang.
"ketahuilah, dialah yang menghabuskan segala kenikmatan sementara...dan dialah yang memisahkan pertemuaan di dunia.."
"....dialah..malaikatul maut.." jelas Rasulullah.
Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.

malaikat maut datang menghampiri, namun Rasulullah menanyakan mengapa Jibril tidak sama ikut menyertainya..
kemudian dipanggilah Jibril yang sblmnya sudah bersiap di atas langit dunia untuk menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril,jelaskan apakah hakku nanti di hadapan Allah?" tanya Rasulullah dengan suara yg amat lemah.
"pintu-pintu langit telah terbuka,para malaikat telah menantikan rohmu..semua syurga telah terbuka lebar menanti kedatangan mu.." kata Jibril.
tapi itu ternyata tdk membuatkan Rasulullah lega. matanya jelas menunjukkan rasa cemas.
"engkau tdk senang mendengar khabar ini Ya Rasulullah?" tanya Jibril lg.
"khabarkan kpd ku bagaimana nasib umatku kelak?"
" jangan khuatir ya Rasulullah..aku prnah mendengar Allah befirman kpdku: "kuharamkan syurga bg sesiapa shj kcuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

detik-detiknya kian hampir.saatnya Izrail menjalankan tugas.
perlahan roh Rasulullah ditarik.nampak seluruh tubuh Rasulullah disimbah peluh.urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakitnya sakaratul maut ini," perlahan Rasulullah mengaduh.
Fatimah terpejam. Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku hinggakan kau palingkan wajagmu jibril?" tanya Rasulullah kpd malaikat penyampai wahyu itu.
" siapakah yg sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal?..." kata Jibril.

sebentar kemudian, teredengar suara Rasulullah memekik kerana sakit yg tdk tertahan lg.
"Ya Allah! dasyat nian maut ini.timpakan sj semua siksa maut ini kpd ku, jgn pd umatku.."

badan Rasulullah mulai dingin.kaki dan dadanya sudah tdk begerak lg. bibirnya begetar seolah ingin membisikkan sesuatu.
Ali segera mendekatkan telinganya.
"uushiikum bis shalati... wa ma malakat aimanuku, peliharalah solat dan peliharalah orang2 yang lemah diantaramu.."

di luar pintu, tangis mulai terdengar bersahutan. para sahabat saling berpelukan.
Fatimah menekup tangan pada wajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya kebibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"ummati...ummati..ummati..."

dan berakhirlah riwayat hidup manusia mulia yang memberi sinaran seluruh alam....

Allahhuma solli a'lamuhammad wabarikh wasallim 'alaih.....



p/s: ='(

Wednesday, February 2, 2011

silamat hali laya~^^,

assalamualaikum dan... WAALAIKUMUSSALAM~

oke btw,selamat tahun baru cina maa...
hari ni kita sempoi aja ya..kenapa? sbb tahun baru cina. oh,tidak sbenarnya....
kenapa begitu rajin buat entri segala?sebab...kusangka panas hingga ke petang, rupanya pagi2 hari hujan dah turun...yes! ingat bleh la 1-2 ketul angpaw atau stidak-tidaknya sekotak limaw cina hari ini..hari ini..ye,hari raya cina.tp,tidak.. tp,oke la...alhamdulillah..bangun pagi,bke peti ais lalu:

buai laju-laju,
sampai pokok sena.
apa dalam peti aisku?
sebiji limau cina~~


vah! sangat unsangkarebel (^o^) peti ais itu la stu2nya yang sanggup beraya dgn saya!vahvahvah! aha! gtu la kesah nya saya menyambut tahun baru cina hari ini..dan... cina pun xmungkin akan datang kerumahku utk beraya...maka,saya pn wat keputusan utk keluar bagi menjalankan misi dan visi merembat sebijik dua limau cina kt tokong..xpun tpi2 jalan...hah!itu dia!oke,auta.saya tdak buat keleja-keleja itu macam maa...sbnrnya,kluar jalan2 cali balang..

baiklah.sesungguhnya saya xmahu tulis berela-ela..arakian,saya pun kene bersiap2 utk bertolak ke kampung di al-tawangi al-kelantani.kendatipun,bonda sudah menyeru hamba utk cpat besiap2 kerana kami perlu berangkat sebelum magrib..sekian,wassalam.


p/s: Gong Xi Fa Cai kepada rakan-rakan cina saya esspecialy to miss Elaine Teo n selamat hari kamis kpd semua~




saya tahu....




Monday, January 31, 2011

Thursday, January 13, 2011

teratak misteri.

huh.
lama tak menjenguk ke teratak yg pernah aku singgah seketika dulu..
bagaimana ye keadaan teratak tu? tguh lagi kah ia disitu? bagaimana keadaan penghuninya?
dulu, waktu aku tersinggah di teratak itu,penghuninya tenat.
aku tinggalkannya dgn doa n harapan semoga cepat sembuh n sentiasa dalam rahmat-Nya.
bukan aku tidak ingin menjengah teratak itu.tapi jalan menuju ke sana kini bebeza.
aku terhilang arah ke sana.rumit.kompleks.
aku sesat.
aku terkadang jd terfikir..wujudkah teratak itu sbnrnya? aku btemu teratak itu tanpa sedar.perjalanan aku juga tidak bersama kompas waktu itu.
kebetulan smata.dan terpisah sekelip mata.misteri.
tp,yg pasti tratak itu,penghuninya, pernah mengajar aku ttg hidup.walau sdikit cuma.
hari ini, aku cuba lg jejak ke teratak misteri itu. dan masih sama,aku gagal lg.
kenapa.........

apapun..harapanku smoga aku kembali dpt menjejak teratak misteri itu..ya,teratak misteri yang duduk letaknya di tepi landasan keretapi..
dgn harapan aku dapat belajar lagi ttg hidup di teratak itu.,
semoga~



p/s: MUHARRAM pergi,SAFAR hadir mengganti. sempatkah kita menemui RABIULAWAL bersama sahabat2nya yg lain.harap sempat.
"wahai tuhan kami, lapangkan lah bagi kami dada kami dan permudahkanlah urusan kami dan bukakanlah simpulan lidah kami supaya mereka faham ucapan kami."
::selamat malam dunia yang semakin tua~ semoga bersua lagi esok hari~::


updated!