Sunday, May 8, 2011

TERIMA KASEH RATU HATI

Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah, "Manakah amal yang lebih utama?", Rasulullah s.a.w. menjawab; "Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah."
- Sahih Bukhari


dulu, rasa sangat suwit bila....

...."wei, hari ibu esok dah ni kan?nk wat ape?" tanya abang pada angah dan achik. kedua-dua mereka buat muka kerut. berfikir barangkali. abang terus tunggu respon dari angah dan achik. "la,kita sambutlah! jom beli kek."usul angah. ketiga-tiga mereka sengeh.nampak macam setuju dengan idea angah. "beres." abang stuju. achik diam tp tetap dengan senyuman tanda setuju juga. "tapi,kek tu berapa harganya?" tanya abang lagi. "hm..hari tu aku tengok kat kedai Selasih paling murah rm10." angah memberitahu. "duit aku tak cukup ni.min,ko ada brapa duit ko skrg?" tanya angah kepada abang."kita kongsi beli la kek tu tiga orang..ok?''sambung angah lagi. "hm..ok lah."abang setuju. achik juga mcm biasa stuju dengan kami.

maka, pergilah mereka bertiga mencari gerangan kek sempena menyambut hari ibu tersayang..cantik.kek itu warna kuning dengan ising bunga-bunga merah jambu berdaun hijau muda. "pak cik, tulis selamat hari ibu ye kat atas kek tu boleh?''tya angah pada pak cik jual kek tersebut. "boleh2"balas pak cik tu dengan sengeh tawar..=.=' achik hanya lihat saja gelagat kami. diamnya lebih banyak berbanding bersuara. mungkin kekurangan perbendaharaan kata agaknya..iyalah,walaupun dah sekolah,achik kecik lagi masa tu. "kene bayar lebih tak pak cik kalo tulis atas kek tu?"nampak sangat abang bimbang kalau-kalau tak cukup duit. "takda lah.free je." jawab pak cik kek tu. kami berpandangan.senyum terukir. dalam hati mereka,"yes! nasib baik."

.....dan begitulah salah satu cara dan usaha kami - aku dan adik2 aku mengespresikan kejutan utk ibu kami.macam-macam kami buat nk jaga kek tu selama satu malam biar mak tak perasan pun kami belikan kek tu utk hari ibu.kek tu kami sembunyikan dsbalik sayur mayur dalam peti ais. susun segala macam benda yang ada dalam peti ais tu untuk membuat pertahanan kek daripada ternampak oleh mak.tak cukup tu kami wat shif jaga peti ais lagi.huh. agak hebat + suwit bagi aku.lg2, bila ingat balik.kelakar jg....hm,sehinggalah tibanya hari esok kami meraikan ibu kami dengan penuh keterharuan dan kegumbiraan.ayah juga baca doa selamat untuk keraian itu.comel. :)

tapi sekarang....

angah da besar..angah duduk jauh ngan mak. hari ni hari ibu. nak call malu da..nak mesej?
tak pandai baca. ummi.
tp...
yang penting...
angah tetap SAYANG
ibu angah.

sebab...
angah rasa...

kadang-kadang..
perhatian, atau rasa kaseh atau rasa sayang dan cinta tu..tak perlu ditunjuk melalui gaya verbal ataupun non-verbal..cukup melalui kasih kita dihati..
dan tak semua perhatian dapat dilihat dgn mata kasar..
tapi..
naluri mungkin dapat menebak.
sebab...
kasih itu hakiki.
dan kadang2 juga ignorance atau ketidakpedulian itu juga boleh jd rasional bila keadaan itu sangat patut.. BUKAN TAK perihatin,
tapi...
untuk beri peluang dan ruang buat hati menghayati makna rindu yang bererti hakiki.. =.='

walau apa pun...siapapun kamu
atau awak...



saya nak awak tahu yang awak.....


selalu diHATIku...
dan ini...
buatmu...

doaku sentiasa mengiringimu ibu... :')

TERIMA KASEH - SAYANG!

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:
Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya:
Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layani dengan sebaik mungkin?
Rasulullah s.a.w bersabda: Ibumu.
Beliau bertanya lagi: Kemudian siapa?
Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu.
Beliau terus bertanya: Kemudian siapa?
Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu.
Beliau terus bertanya:Kemudian siapa?
Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ayahmu

Monday, May 2, 2011

my name is.....

assalamualaikum...jawabnya, waalaikumussalam.. :)

my name is nurul and im not a terorrist!



hurm...masa tu saya baru tukar skolah.dan saya memperkenalkan diri saya...nama saya... blablabla.... "susa la nk pgl nama awak yg tu..." kata slah sorang dr mereka.. "panggil sioh je la ea'' kata salah seorg daripda mereka yg lain lg..saya hanya diam tp sangat tak stuju.. klasik+tua kowt nama tu! apapun, dengan penuh muka suci dan inonsen saya biar saja mereka2 itu..

dan...membesarlah saya dengan panggilan nama itu.. suka-duka pasti ada slama saya membesar dengan nama itu..

sehinggalah.....

saya bejaya menamatkan persekolahan dan meneruskan pengajian di luar negeri... :)
nama trus bertukar....
ganu adalah nama yg selalu diguna.ntah knapa.hurmm..

begini....

biasalah,mula2 mesti ada sesi kenal-kenal kn..saya pun knlkn diri saya...

nama: nurul _ _ _ _ _ _ _ zakaria..boleh panggil nurul je..
asal : ganu... terengganu.
hm...tu je..terima kasih..

maka,bermula disitu la kwan baru saya yang agak havoc mnamakan saya dengan panggilan ganu.,saya agak tidak kesah pn..sbb saya ada baca yg pkataan ganu ni membawa makna baik..
klau tak silap saya, ganu maknanya cahaya yang terang.. tapi tu mengikut buku asal usul nama negeri terengganu la.. ntah. =.='

arakian, byk lagi nama yang pernah saya bawa..antaranya :-



1- kami : bla..bla..bla..bla
saya : ha a..ye..ye la..kenal je. syafiq
(bukan nama sebenar) kan. la..rupanya senegeri.
abdul S : ye la..skampung je la kita ni ha..penah je nampak dia..siape dah name?
diana kn?
saya : hah? diana? hahahaha..bukan lah.. nama saya bukan diana =.='

2- kami : blablablablablablabla.....bla..bla...
abdul R : muni (bukan nama sebenar) balik ngan sape?
muni : ni..blik ngan nurul ni la..
abdul R : la...nurul ke? saya ingat nama dia
nadia
saya : =.='

3- lecturer : blablabblablallalalala...bla..bla... yes,
maria? ada apa-apa cadangan? (sambil tepat mlihat dan menunjuk kearahku)
saya : saya?
(sambil menunjuk ke arah diri sendiri)
lecturer : ya! awak. maria kan?
saya : =.=' s..s..saya nurul..
(clasmate duk gelak-gelak)
lecturer : oh..ye,nurul.. =S
(dgn muka macam tak bersalah~)

4- dengan jarak bukan sekangkang kera, mereka berdua dengan penuh keyakinan melaungkan nama itu kepada saya....
strangers :
farah! farah!
saya :
(memandang ke arah si pemanggil kerana yakin tiada org lain disitu mlainkan saya lah seorang diri disitu :) )
strangers : ko da hantar assignment madam zarina?
saya :
=.=' (membuat muka kedut seribu.angkat tangan,menunjukkan 10 jari sambil menggerak-gerakkan kdua-dua tangan spt melambai-lambai..menandakan saya menidakkan yang saya bukan farah.. =.=') *ape ni*
strangers : ...................... . . . . . . . . . . . . . .

kan...mcm2..ada apa pada nama?

yes. my name is nurul.

nurul h_s_i_h zakaria :)

p/s : “Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama bapa-bapa kamu, maka perelokkanlah nama-nama kamu.”
(Hadis riwayat Ibnu Hibban)


Monday, April 25, 2011

pak cik oh pak cik :)

wajib dijawab: waalaikumussalam.. :)

~~~~

aha! pak cik,pak cik...
kiut la pak cik ni...
kiut sungguh pak cik ni berkata-kata..

ceritanya begini...

ada seorang kakak kpd seseorang ini harus menemubual seorang pak cik.. dan halnya adalah berkaitan perkampungan tersebut. kampungnya pula adalah sebuah perkampungan orang asli. ye,memang asli. tp,pasti akan ada pembangunan juga nanti.oke,tak nak cerita lagi.. kita tengok saja kata-kata pak cik yang kiut ni macam mana.. :)


kakak : pak cik, macam mana hidup di kampung ni? semuanya ok?

pak cik : baik. (senyum dengan sbaris gigi kekuningan.kiut!)

kakak : (tersenyum) hm..jadi, pak cik rasa, pada pandangan pak cik, sejauh mana taraf hidup kampung ni ye?

pak cik : ha? alah, tak jauh..dekat je..kampung ni dengan kampung sebelah dekat je..tak jauh pun..jalan kaki pn sampai..boleh hidup lagi..stakat ni, tak ada lagi la penduduk sini jalan sejauh tu mati.. (bersungguh-sungguh pak cik tu bg penjelasan.kiut!)

kakak : (+.+)...err..hm,bukan tu maksud saya pak cik..maksud saya, mcm mana dengan keadaan kampung pak cik ni sekarang? hurmmm...

pak cik : owh.... . . . . . . . . . . . . (tpinga-pinga sambil sengeh kiut lagi!)

....dan temu bual ttp diteruskan....

~~~~~


gambar ni sekadar hiasan

hurm....bila tafsir ttg kehidupan diorang, memang agak asli. ada originalitynya. ada sweetnya :) dan ada juga terharunya.. pak cik..pak cik..jangan buat kiut sangat taw.. make my liver melting larh! :')



p/s: maka nikmat tuhan mu yang manakah yang engkau dustakan?


Wednesday, March 16, 2011

love and like.

ding dong ding dong ding!!!...

ladies n gentleman,

wif my plessure...

most welcome t0:

LOVE and LIKE!!!

(.") c",?

love RAINBOW,like RAIN
love SKY,like STAR
love SEA,like ISLAND
love LIGHT,like MOON
love BRIGHT,like SUN
love NATURE,like MOUNTAIN
love FREEDOM,like BIRD
love CATS,like MEOW
love CHOCOLATE,like CADBURY
love DONUT,like NUTS
love ICE-CREAM,like POLYPOP
love KFC,like McD
love BANANA,like PAPAYA

love
LIKE
love
LIKE
love
LIKE

loveLIKEloveLIKEloveLIKE

LOVE LIKE!

~the end, thank you~
|(^.^)/



~~~LOVE ME,LIKE YOU~~~


Tuesday, March 1, 2011

kisah tentang C I N T A.

ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan ALLAH melalui kehidupan Rasul-Nya.....
=======

pagi itu...
walaupun langit telah mulai menguning menampakkan siang..
burung-burung gurun tetap enggan mengepakkan sayap

pagi itu...
Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah..

"...wahai umatku! kita semua dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya...maka,taati dan bertaqwalah kepada-Nya..."

baginda meneruskan bicaranya lagi, "...ku wariskan dua perkara kepada kalian, Al-Quran dan Sunnahku..."
"barangsiapa mencintai Sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan masuk Syurga bersama-samaku."

khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca. Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Uthman menghela nafas panjang. Ali menundukkan kepala.lesu.

isyarat itu telah datang. saatnya sudah tiba.

" Rasulullah akan meninggalkan kita semua..." keluh hati semua sahabat tika itu.
manusia tercinta itu hampir slesai menunaikan tugasnya di dunia ini.

tanda-tanda itu semakin kuat.makin dekat terasa.

Ali dan Fadhal dengan pantas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah saat baginda turun dari mimbar. di saat itu seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

matahari kian tinggi, tetapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. sedang di dalamnya Rasulullah sedang terbaring lemah dgn dahinya berkeringat dan membasahi pelepah kurma yg menjadi alas tidurnya.

tiba-tiba dari luar pintu rumahnya terdengar seseorang berseru mengucap salam.
" bolehkan saya masuk?" tanyanya.
tetepi Fatimah tidak mengizinnya masuk. "maaflah, ayahku sedang demam." kata Fatimah yang membalikkan badan dan lansung menutup daun pintu. kemudian dia kembali menemani ayahandanya yang ternyata membukakan matanya dan bertanya kepada Fatimah.
"siapakah itu wahai anakku?"
" tidak tahulah wahai ayahku, orangnya spt baru sekali ini aku melihatnya." tutur Fatimah lembut.
lalu Rasulullah menatap puterinya itu dgn pandangn yg menggetarkan. seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu ingin dikenang.
"ketahuilah, dialah yang menghabuskan segala kenikmatan sementara...dan dialah yang memisahkan pertemuaan di dunia.."
"....dialah..malaikatul maut.." jelas Rasulullah.
Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.

malaikat maut datang menghampiri, namun Rasulullah menanyakan mengapa Jibril tidak sama ikut menyertainya..
kemudian dipanggilah Jibril yang sblmnya sudah bersiap di atas langit dunia untuk menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril,jelaskan apakah hakku nanti di hadapan Allah?" tanya Rasulullah dengan suara yg amat lemah.
"pintu-pintu langit telah terbuka,para malaikat telah menantikan rohmu..semua syurga telah terbuka lebar menanti kedatangan mu.." kata Jibril.
tapi itu ternyata tdk membuatkan Rasulullah lega. matanya jelas menunjukkan rasa cemas.
"engkau tdk senang mendengar khabar ini Ya Rasulullah?" tanya Jibril lg.
"khabarkan kpd ku bagaimana nasib umatku kelak?"
" jangan khuatir ya Rasulullah..aku prnah mendengar Allah befirman kpdku: "kuharamkan syurga bg sesiapa shj kcuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

detik-detiknya kian hampir.saatnya Izrail menjalankan tugas.
perlahan roh Rasulullah ditarik.nampak seluruh tubuh Rasulullah disimbah peluh.urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakitnya sakaratul maut ini," perlahan Rasulullah mengaduh.
Fatimah terpejam. Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku hinggakan kau palingkan wajagmu jibril?" tanya Rasulullah kpd malaikat penyampai wahyu itu.
" siapakah yg sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal?..." kata Jibril.

sebentar kemudian, teredengar suara Rasulullah memekik kerana sakit yg tdk tertahan lg.
"Ya Allah! dasyat nian maut ini.timpakan sj semua siksa maut ini kpd ku, jgn pd umatku.."

badan Rasulullah mulai dingin.kaki dan dadanya sudah tdk begerak lg. bibirnya begetar seolah ingin membisikkan sesuatu.
Ali segera mendekatkan telinganya.
"uushiikum bis shalati... wa ma malakat aimanuku, peliharalah solat dan peliharalah orang2 yang lemah diantaramu.."

di luar pintu, tangis mulai terdengar bersahutan. para sahabat saling berpelukan.
Fatimah menekup tangan pada wajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya kebibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"ummati...ummati..ummati..."

dan berakhirlah riwayat hidup manusia mulia yang memberi sinaran seluruh alam....

Allahhuma solli a'lamuhammad wabarikh wasallim 'alaih.....



p/s: ='(

Wednesday, February 2, 2011

silamat hali laya~^^,

assalamualaikum dan... WAALAIKUMUSSALAM~

oke btw,selamat tahun baru cina maa...
hari ni kita sempoi aja ya..kenapa? sbb tahun baru cina. oh,tidak sbenarnya....
kenapa begitu rajin buat entri segala?sebab...kusangka panas hingga ke petang, rupanya pagi2 hari hujan dah turun...yes! ingat bleh la 1-2 ketul angpaw atau stidak-tidaknya sekotak limaw cina hari ini..hari ini..ye,hari raya cina.tp,tidak.. tp,oke la...alhamdulillah..bangun pagi,bke peti ais lalu:

buai laju-laju,
sampai pokok sena.
apa dalam peti aisku?
sebiji limau cina~~


vah! sangat unsangkarebel (^o^) peti ais itu la stu2nya yang sanggup beraya dgn saya!vahvahvah! aha! gtu la kesah nya saya menyambut tahun baru cina hari ini..dan... cina pun xmungkin akan datang kerumahku utk beraya...maka,saya pn wat keputusan utk keluar bagi menjalankan misi dan visi merembat sebijik dua limau cina kt tokong..xpun tpi2 jalan...hah!itu dia!oke,auta.saya tdak buat keleja-keleja itu macam maa...sbnrnya,kluar jalan2 cali balang..

baiklah.sesungguhnya saya xmahu tulis berela-ela..arakian,saya pun kene bersiap2 utk bertolak ke kampung di al-tawangi al-kelantani.kendatipun,bonda sudah menyeru hamba utk cpat besiap2 kerana kami perlu berangkat sebelum magrib..sekian,wassalam.


p/s: Gong Xi Fa Cai kepada rakan-rakan cina saya esspecialy to miss Elaine Teo n selamat hari kamis kpd semua~




saya tahu....