Wednesday, September 15, 2010

kata bicara.

dengan kata
dengan cinta
hidup bermakna.

bicara saja, bulan bintang pasti mendengarnya
DIA jg Maha Pendengar setia.

Tuesday, September 7, 2010

salam.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


sayu hati ini saat ramadhan bakal pergi..
seandainya ia pergi tak kembali...
adakah sempat utk kita mencari bulan semulia ini?....

namun.........
syawal datang membawa seribu hikmah..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


salam lebaran.
salam aidilfitri maaf zaher baten~

-suci-


p/s: mohon kemaafan smua!

Saturday, September 4, 2010

al-qadr.

Maksudnya:

1.Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr.

2.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

3.Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan

4.Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.

5.Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).

***********

“Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.” Riwayat Bukhari dan Muslim"

Dan dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:“Malam al-Qadar adalah malam yang indah penuh kelembutan, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar mataharinya kelihatan melemah kemerah-merahan.” (Hadis Riwayat ath-Thayalisi (394), Ibnu Khuzaimah (3/231), al-Bazzar (1/486) dan sanadnya hasan)

“Pagi hari (setelah) Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan (tanpa sinar), seakan-akan ia bejana sehinggalah ia meninggi.” (Hadis riwayat Muslim (762)


p/s: harap2 kita tak terlepas malam lailatu qadar ni...huh,byk dugaannya..nk2 10 mlm terakhir ni. hm..sy pn sejak akhir2 ni tido awal plak tu..sj je.. =.=

(btw,lagu blog ni mcm sumtim wrong je.cm xsesuai je ngan entry ni..ah,abaikan okheye!)

updated!


Friday, August 20, 2010

kasih DIA. Cinta dia. Sayang kamu. (l,ll,lll)

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Engkau Tuhan sekalian alam
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang
Yang Menguasai Hari Pembalasan
Kepada-Mu kami sembah dan kepada-Mu kami memohon pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan-jalan yang Engkau anugerahkan nikmat
Bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai
Dan bukan jalan orang-orang yang sesat…
Perkenankanlah~

Tasbih cintaku telah terhenti…
membawa ayat-ayat cinta jauh dari hati…
Dan demi kasih-Nya Aku rela melepaskan…
kerana aku tahu aku bukan untuknya…
Dalam sujud,
kan ku temui diri-Nya…
kekasih agung…
untuk kesekian kali aku rindui lagi….

*****
Gerimis senja datang lagi bersama bayu sepi dihati. Dia menyentuh lembut mutiara murah berjuntai di pipi. Sayu.
Kata pujangga, ‘’ yang patah tumbuh, yang hilang berganti.’’
Arghh!! Kau tu pujangga saja! Kau apa tau tentang aku??? apa kau pikir yang tumbuh tu sama? yang berganti tu serupa??! Jerit batinnya.
Seperti bodoh dia mencela Si Pujangga yang setiap bait madah darinya berbunga-bunga. Sedangkan dirinya siapa? Langsung tidak ternama seperti Si Pujangga yang boleh disanjung dan dibangga-dibangga!

Sudah lama bayu malam tak bertandang..
Menyapa membisikkan kata rindu untukku..
Malamku bertemankan sepi di tangkai hati…
Sepi dan sepi sendiri…
Kelam tak bererti…
Bayu sepi itu hadir mendayu..
Mengalunkan kata rindu tak berlagu…
Sendu dalam syahdu…

Dia menatap dada langit nan biru bersama kepulan putih awan bak gula kapas. Tenang. Mega. Sang suria galak melempiaskan cahayanya taat menjalankan amanat Pencipta untuk menerangi seluruh alam bumi. Nostalgia pertemuan bersama kamu menggamit kembali. Indah dan segar. Manis sekali saat itu.. subhanallah..dalam diam dia bertasbih memuji Pencipta, memuja zat Yang Maha Kuasa.
Penanya galak menari -nari diatas hamparan warkah kumal putih bersih itu. mencoretkan madah-madah dari hati untuk diabadikan menjadi diari peneman setiap detik sepi.

Laskar hidup penuh kenangan
Indahnya pertemuan dalam berteman
Waktu tetap inginkan perpisahan
Dengan hati ini berat melepaskan
Namun hati ini tetap merelakan
Sentiasa mengabadi indahnya kenangan
Biarpun dirimu jauh berdampingan
Sungguh…..
Dirimu tetap di hatiku.

Hadir kamu tidak dia pinta. Kamu ketuk sukmanya saat dia dalam gelita. Tercari-cari cahaya cinta Sang Pencipta.. lalu.. kamu pergi tanpa kata untuk dia. Saat dia masih lagi tergapai-gapai dalam mencari kasih hakiki Si DIA.

Kenapa??

Kenapa singgah kalau tak masuk kedalam hatinya?

Hm… hadir kamu tak dia undang. Jadi kenapa pergimu hendak dia halang?? Desis hati kecilnya.

Dia sendiri benci! Persoalan hanya tinggal persoalan.. dan terkadang, bahkan acap kali saja soalan akan dijawab dengan soalan! Tak paham. Sangat tak paham.

Buat yang kesekian kalinya, fikirannya terus terpasung. Wajah kamu hadir lagi mencuit kamar memorinya. Iktisar saat-saat bahagia datang bertandang jua. Detik itu dia dapat merasai harumnya narwastu peribadi kamu.

Ah,indahnya!Tapi… siapa dia untuk bergandingan dengan kamu?? Layakkah dia menggamit keindahan itu tanpa keizinan kamu? Siapa dia?? Dan kamu…….
*********

Sekali lagi persoalan itu berlalu pergi……huh! Dia mengeluh. Kosong. Padangan dia kabur. Manik-manik jernih mengalir lagi. Syahdu.
Kali ini dia berasa benar air matanya begitu murah… seperti tidak ada nilainya lagi. Terlalu murah. Inflasi. Dan ini pastinya kerana kamu. Tuhan, tolonglah dia.

Kenapa dia??kenapa perasaan ini harus ada?? Fitrah?? Huh! Dia mengeluh lagi.
Ah,persetan saja perasaan itu!!
Jeritan itu…Dia keliru. Antara jeritan saiad atau hasanadnya.

‘’ menyayangi dan mencintai seseorang itu dengan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiannya tanpa pengetahuannya dan orang lain adalah satu jihad!’’

Teringat dia tentang bicara ini dari ustaz ustazah bahkan dari sahabatnya juga.
Tapi…betul ke? Berjihadkah dia?? Mudah-mudahan….

‘sesiapa yang jatuh cinta kemudian menyembunyikan cintanya hingga kematian menjemputnya,maka dia adalah seorang yang syahid.’ (riwayat hakim,ibn asakir,al-dailami,dll)

Dalam dia mejalani hari-harinya yang sepi tetapi tetap bererti disisi sahabat sejati. Nota kuning itu tersingkap dengan bait penuh makna yang pernah dikirim daripada sahabatnya untuk dia.

Bila engkau memandang segalanya dari tuhanmu, yang mencipta segalanya, yang menciptakan ujian, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu,yang membuatkan keinginanmu terhalang,serta menyusahkan hidupmu,pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia…bukan Allah tak tahu betapa deritanya hidupmu,luluhnya hatimu,tapi mungkin itulah yang dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebegini yang selalunya lebih tersentuh,mudah untuk bertautan dan lebih mesra denganNya apabila kita sentiasa bersabar…

Sahabat nun jauh…

Ada getaran pada jiwanya saat dia membaca bait-bait ayat itu. Ingantan dia bertaut kembali mengenangkan kamu. Ingatkah kamu kepada dia? Tiadakah perasaan mengingati kamu kepada dia?? Walau sekelumit??

Eloknya peribadimu merabunkan mata batin dia dan dia juga sedar, dia harus berpaling dari mimpi ini. Apa yang dia dambakan Dalam dunia kamu yang berbeda dari hidup dia? Terpikirkah oleh akal dia Untuk dapatkan cinta yang sejati yang pasti bukan dari kamu? Terimalah seadanya wahai akal yang waras!

Ya ilahi.. kasihanilah hambaMu yang lemah ini. Engkau Maha Tahu tentang apa yang menimpa diri ini. Aku tak ingin kehilangan cintaMu. Namun Engkau juga tahu bahawa hatiku juga tak bisa mengusir pesona seorang makhluk yang Engkau ciptakan. Ilahi, berikanlah aku cawan kesejukan untuk ku letakkan embun-embun cinta yang menitis dalam dinding hatiku ini. Ya Rahman, tuntunlah aku sekalian langkahku pada jalan takdir yang paling Engkau redhai. Sesungguhnya aku serahkan hidup matiku hanya padaMu. Tuhan, andai hidupku ini lebih memberi kebaikkan untuk semua, maka Engkau panjangkanlah usiaku…tetapi, andai mati itu lebih baik untukku, Engkau matikanlah aku dengan RahmatMu..

Demi cintaNya dan cinta kamu dia berdoa. Besarnya kuasa cinta..tapi sajauh mana?

‘maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?’(surah ar-rahman)
*********

Andai itu takdirnya, apa lagi yang mampu dia bicara. Itu jalan hidup kamu. mana mungkin dia mampu memandu arah hidup kamu. Dia sedar dia bukan siapa-siapa pada kamu.

Ya rahman ya Rahim..

Seandainya telah engkau takdirkan dirinya untukku, milikku, tercipta buatku…maka Engkau satukanlah hatinya dengan hatiku…Engkau titipkanlah sinar kebahagian
antara hati kami agar kemesraan itu abadi.

Ya Allah Ya Tuhanku yang mencipta rasa cinta… seandainya Engkau takdirkan bahawa dia bukan milikku, bawalah dia jauh dari pandanganku…hijabkanlah segalanya daripadaku..luputkanlah dia dari ingatanku..dan peliharalah aku daripada kekecewaan yang menapak di sukma ini..

Ya Allah Tuhan yang Maha Mengerti..berikan lah aku secebis kekuatan untuk melontar bayangan nya jauh ke dada langit hilang bersama senja nan merah agar aku bisa bahagia walaupun tanpa bersamanya. Ya llahi..engkau pasrahkan lah hatiku untuk menerima takdir mu..sesungguhnya apa yang Engkau takdirkan adalah yang terbaik untukku.. kerana aku tahu Engkau maha tahu apa yang terbaik untuk hambamu ini..

Ya Rahman..cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemelihara setia berdamping disisiku..di dunia dan di akhirat..dengarlah rintihan hambamu yang daif ini.. dan janganlah Engkau biarkan aku berjalan di bumi ini sendirian tanpa cinta yang hakiki dari-Mu Tuhan….

Buat kesekian kalinya dia menitip lagi beberapa cebisan doa untuk berada di ruang hatinya. Mungkin ini ingatan yang terakhir dia pada kamu. Dia berharap. Biarlah ini yang terakhir kamu dihatinya. Mahu saja dia lenyapkan segalanya..ingatan dia terhadap kamu.segala ttg kamu. Untuk itu dia sangat perlukan DIA.

Dan ini bait bicara terakhir yang dicoretkan dalam diari Kasih DIA. Cinta dia. Sayang kamu.

Telah aku terima takdir dari yang Esa.

Hikayat derita cinta aku dan dia…

andai itu takdirNYA aku terima seadanya. . .

lalu…cebisan bait madah ini juga mengakhiri coretan diari Kasih DIA. Cinta dia. Sayang kamu.

ketika diri mencari sinar..secebis cahaya menerangi laluan.. adakalanya langkahku tesasar…tersungkur di lembah kegelapan… bagaikan terdengar bisikan rindu,mengalunka kalimah menyatakan keinsafan..kehadiranmu menyentuh kalbu..menyalakan obor pengharapan …tika ku kealpaan kau bisikkan bicara keinsafan.. kau beri kekuatan tika aku diuji dgn dugaan.saat ku kehilangan,kau nyalakan harapan.saat ku keraguan,keampunan tuhan…kau katakana,rahmatnya mengatasi segalanya….

“maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?”

Thursday, August 12, 2010

sejenak.

malam akan belalu.dan sekarang larut menampakkan diri.larut malam.pastinya dinihari akan menjelma sementelah siang.siang pasti menebarkan tabir mentari.

ramadhan datang.syaaban pergi.syawal bakal menjelma. itupun jika kali ini diberi peluang untuk si syawal menjenguh. suci sang hati tentunya sayu andai ramadhan akan pergi bersama barakah, hilang bersama rahmat. seandai ramadhan pergi tak kembali, adakah sempat untuk meraih bulan semulia itu?namun terawikh bertandang utk memudahkan perjalanan. carilah sekeping dua barakah dan rahmat disitu agar perjalanan bersama ramadhan tak sia-sia.


p/s: Rasulullah bersabda, "sesiapa yang berpuasa di bulan ramadan dgn penuh keikhlasan dan keimanan,nescaya akan diampuninya dosa yang lalu."
(hadith riwayat Baihaqi)

Monday, August 9, 2010

diam.

diam.diam.diam.diam.diam.diam.
diam je sudah.
kan??
nampak mcm lbh baek je kan diam.
diam.diam
diam.
soal hati,diam.
soal perasaan,diam.
derita,diam.
diam je sudah.
diam.diam.diam dan terus diam.pendam dan peram sekalian diam.

*******
bila aku boleh meminta... aku ingin tahu semua apa yang ada di sisi hatinya utk ku.. TUHAN.. ku pasrahkan diri dan jiwaku utk menerima smua jalan takdir dari-Mu mengikut apa yang Kau tunjukkan jalan buatku..


updated!
lebels: secret;rahsia;diam;silent mode.

Friday, July 30, 2010

1st time~

lalalalalalalala~
salam.
salam sjahtera.
salam satu,dua,tiga malaysia~
salam ukhwah.salam semua.

xdop nape nok oyap.hanya nak cuba ptama kali jwb tag walhal sudah byk kali aku di tag.
sekalian update blog.bekarat suda.polish skit2.
betul kah begni eah jwb tag mctie?
sblum tu ak nk taw definisi tag. kamu jwb yop!
tax aku taw.tag ak tak taw.

jd..malas suda saya nk merapu makan kerapu dgn garfu dan yong tau fu..
terus kpd tag yg diberi ye...

dgn lafaz yg mulia, bismillahirrahmannirrahim...
saya dgn bangganya menjawab tag ini.......

nama panggilan ; nurul.nuyu.ganu.ngoh.kakngoh.hasriah. n...da most glamour name in my life....jeng3... s.i.o.h.. woah! gtu~ sapa sangaka sapa mnduga~

saya suka: suka

sahabat2 baek saya: awak.kamu.dia.tu yg saem dgn saya sume tu la..

saya x faham:sume benda yg mnimbulkan persoalan.sakit otot o0o0~


ramai yang kata saya: huhuhu..mcm2..suci.hahaha :) tu la besenye 1st impression mereka kt sy. innoncent. hurmmm~


saya paling meluat: bile org jd jahat...ape2 je yg ada kaitan ngan kjahatan,evil,devil sume..mmg saya meluat lorh! euwwww...


aktiviti atau program hari ney: cm bese,g clas.blik clas.wt slide xtvt membntuk huruf ABC is fun!.now,buffer cite janji kekasih.jp g tgk. +.+


perancangan hujung minggu: no plan.tgk keadaan.ingat nk g amek phone kt umah paksu.
hp tetinggal lorh tempoh hari.hukhuk.


saya rasa kesal bila: sy wt benda yang boleh menyesalkan hdup sy.

saya rasa saya seorang yang: tak taw pape.xbyk ilmu.xberilmu kta dr.tan.blur.biasa. =.=


Pengalaman pahit untuk minggu ini: byk.mgu yg complikated..sampai g jumpe kaunselor kowt.
caya op?dop?suda~

pengalaman manis untuk minggu ini: notim much.btw,tq 4 ousmate wt mulut manis utk maniskan mggu sy.terima kaseh.


kali terakhir tengok wayang: xpenah tgk.pecaya tak?but wayang kulit tgk.tp da lama da.tgk kt u tube. :)


dalam seminggu saya akan update blog sebanyak: smiggu skali blum tentu sy akn update.tgk cuaca la cm mana.kalo xad guruh oke jew!

5 orang yang anda rasa nak tag: kamu.awak.anda.engkau.u. :)



~~~~sekian terima kaseh.mctie,nuyu tu aku eah? mknanya mmg kamu tag bnda ni utk aku ea?
huhu..terima kaseh la ea sbb bg pengalaman kat aku utk merasai pengalaman tagging2 ni..
huh!