Friday, February 26, 2010

buatmu MUHAMMAD putera Abdullah bin Abdul Mutalib




dalam mengenangmu
kususuri lembaran sirah
mendalami jajaran kenangan sejarah
bersama gugurnya cucuran hangat diwajah

sedari dulu kurindui..
sebutir mutiara
yang pernah hadir dalam timbunan kejahilan..

sesaat sebelum dijemput wafat
disempatkan jua pesan nasihat..
kutbatul wada' pengakhir wasiat..

"gemgamlah kitabullah dan sunnahku!"dua pusat membentangi iman
bila mana islam turut diredhakan..
al-maidah menutup pertanggungjawaban.

deritamu ya Rasulullah
mengundang pilu para sahabat
resah dalam cinta
menanti tanda berakhir mesra
kerana sesuatu tidak akan kekal
jua abadi di garis mula...


salam maulidurRasul~
-12 Rabiulawwal 1431H-(feb2610J)

No comments:

Post a Comment