Saturday, May 8, 2010

plastik kuning itu melayang lalu jatuh ke tanah...

seorang laki-laki mendatangi Rasulullah s.a.w lalu bertanya :

" wahai Rasulullah, siapakah yang plg berhak aku layani dengan baek?" baginda pn bersabda, " ibumu." lelaki tersebut bertanya lagi, " kemudian siapa?" baginda rasul menjawab lagi,"ibumu." lelaki itu bertanya lagi, "kemudian siapa?" baginda bersabda, "ibumu." lelaki itu bertanya lagi, " kemudian siapa?" lalu, baginda menjawab,"ayahmu." (Abu Hurairah r.a.)

*********************************************

Bush!! @ Bubb!! satu beg plastic kuning melayang lalu jatuh ke tanah. Macam nangka busuk jatuh. Macam ada sesuatu kt dalam beg plastik tu. Dan sesuatu itu adalah seperti kain baju.

“amek tuh.amek semua kain baju tu..pegi maen lg! jgn balik2 kalo dah nak maen sangat! berapa kali nak pesan? Sebelum magrib balik!!” mak btul-btul marah kat angah petang tu.

Ayah, abang dan acik smua tak nak masuk campur. Angah terkejut mak marah sampai macam tu…mak tutup pintu dan biar je angah ngan plastic kuning kat luar tu macam tu.angah nangis,minta maaf dan minta mak buka pintu. Angah kata tak nak buat lagi. Itu janji angah bila kuar maen dah tak nak balik sampai magrib. Tp mak ttap tak buka pintu bagi angah masuk. Angah nangis sambil peluk plastic kuning yang mak baling tadi.

Tiba-tiba ada orang buka pintu. Ayah yang buka.

“dah, masuk.pegi mandi pastu semayang.” Mendatar suara ayah mengarah angah tp ada ketegasan di situ.

Mak buat-buat tak tahu. Masa tu mak siap-siap nk mengajar abang dan acik mengaji.angah jalan sambil tunduk.angah dah tak berani lagi,takut nak bersemuka dengan mak.angah dah buat mak marah sangat hari ini. Angah rasa bersalah tp angah takut nk mitak maaf ngan mak. Angah pilih untuk berdiam diri. Tp td, mase mak nak tutup pintu tak bagi angah masuk, angah dah janji ngan mak tak nak maen sampai magrib lg.

Lepas saja mengaji, angah terus masuk bilik. Angah nangis lagi. Angah budak degil. Hari tu, angah dan kawan angah ada jumpa anak kucing dalam surau lama belakang pejabat ayah. Comel. Anak kucing tu mengiau. Kawan angah cakap dia lapar dan kne bagi dia makan nasi. Angah balik umah nk amek nasi dan ikan untuk bagi kat kucing tu. Tp cara angah salah. Angah amek tak bagitahu mak.angah amek senyap-senyap je nasi ngan ikan tu. Angah ingat lg, satu hari mak tahu ape angah buat. Lepas balik sekolah tengah hari,terus pegi maen.hari-hari angan wat cam tu. Sebab tu mak perasan.Tp angah bukan pegi maen. Angah ngan farah cuma pegi bagi kucing makan. hari tu pun mak tegur kalau nak ape2 mintak. Mak ckap lg, mak tak marah kalaw angah nk bg kucing tu makan, tp jgn amek tak mintak. Angah tahu benda tu salah, angah mintak maaf. Tapi kalaw angah mintak izin nak kuar tgah2 hari mcm tu, msti mak tak bagi. Mak mesti suruh pegi waktu petang saja. Angah dah janji ngan farah.

Angah mmg budak degil. Bila waktu sembahyang, mesti liat.

“kejap la mak…5minit lg..nanti iklan, angah sembahyang.” alasan Angah selalu mcam tu bila tengah syok tengok tv.

Silap-silap angah dapat lima bintang kat paha. Ketam darat mak selalu kne tanpa ada amaran lg. mak xnak bebel panjang2. Susah sgat, liat, mak cubit je kat paha. Angah dapat 5,sbb abang tu adik angah,kecik dr angah, dia dapat 4 bintang dan acik dapat 3. Sakit. Bila dah rasa sakit macam tu baru cpt nk pegi semayang.

“jgan sembahyang tu sebab takutkan orang marah,takut Tuhan marah! Tahu?!” tegur mak sambil jeling.

Angah tahu…mak sayang kami..sebab tu dia wat macam tu…

*******

Sekarang angah da besar... mak kata, bila da besar,angah pandai la fikir sendiri. da tau mana yang buruk, mana yang baik. Mak tak nak marah-marah angah macam dulu da..cuma sesekali mak akan tegur kalau angah benda tu sangat tak patut..

dan..........

..................

..........................

angah tu aku la! Pemilik blog ini…

aku=angah=pemilik blog ini!

hahahahhaha..ingat kisah dulu-dulu…mmg rasa sangat degil mase kanak-kanak dulu. Skrg pn ad lg degil ni..huhu. klakar pun ada bila ingat cite tu balik.

Nk taw ape dalam plastic kuning tu sebenarnya? Dalam tu bukan la kaen baju aku pun sangat. Tu semua kaen buruk yang mak aku mmg nk buang atau pun nak buat lap dapur! Wallameyh! Aku nih abes emo duk nangis ingatkan tu btul2 baju aku.hwaaaaaaaa! ape2 pun angah mintak maaf ye! Semua! SAYANG kamu!


my very sgt so amat beLOVEd mother n father~

Saya sayang sangat mak saya~

selamat hari ibu buat NOR AINI BINTI HJ DAUD

Thursday, May 6, 2010

Kasih DIA. Cinta dia. Sayang kamu. (lll-akhir)

Andai itu takdirnya, apa lagi yang mampu dia bicara. Itu jalan hidup kamu. mana mungkin dia mampu memandu arah hidup kamu. Dia sedar dia bukan siapa-siapa pada kamu.

Ya rahman ya Rahim..

Seandainya telah engkau takdirkan dirinya untukku, milikku, tercipta buatku…maka Engkau satukanlah hatinya dengan hatiku…Engkau titipkanlah sinar kebahagian
antara hati kami agar kemesraan itu abadi.

Ya Allah Ya Tuhanku yang mencipta rasa cinta… seandainya Engkau takdirkan bahawa dia bukan milikku, bawalah dia jauh dari pandanganku…hijabkanlah segalanya daripadaku..luputkanlah dia dari ingatanku..dan peliharalah aku daripada kekecewaan yang menapak di sukma ini..

Ya Allah Tuhan yang Maha Mengerti..berikan lah aku secebis kekuatan untuk melontar bayangan nya jauh ke dada langit hilang bersama senja nan merah agar aku bisa bahagia walaupun tanpa bersamanya. Ya llahi..engkau pasrahkan lah hatiku untuk menerima takdir mu..sesungguhnya apa yang Engkau takdirkan adalah yang terbaik untukku.. kerana aku tahu Engkau maha tahu apa yang terbaik untuk hambamu ini..

Ya Rahman..cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemelihara setia berdamping disisiku..di dunia dan di akhirat..dengarlah rintihan hambamu yang daif ini.. dan janganlah Engkau biarkan aku berjalan di bumi ini sendirian tanpa cinta yang hakiki dari-Mu Tuhan….

Buat kesekian kalinya dia menitip lagi beberapa cebisan doa untuk berada di ruang hatinya. Mungkin ini ingatan yang terakhir dia pada kamu. Dia berharap. Biarlah ini yang terakhir kamu dihatinya. Mahu saja dia lenyapkan segalanya..ingatan dia terhadap kamu.segala ttg kamu. Untuk itu dia sangat perlukan DIA.

Dan ini bait bicara terakhir yang dicoretkan dalam diari Kasih DIA. Cinta dia. Sayang kamu.

Telah aku terima takdir dari yang Esa.

Hikayat derita cinta aku dan dia…

andai itu takdirNYA aku terima seadanya. . .

lalu…cebisan bait madah ini juga mengakhiri coretan diari Kasih DIA. Cinta dia. Sayang kamu.

ketika diri mencari sinar..secebis cahaya menerangi laluan.. adakalanya langkahku tesasar…tersungkur di lembah kegelapan… bagaikan terdengar bisikan rindu,mengalunka kalimah menyatakan keinsafan..kehadiranmu menyentuh kalbu..menyalakan obor pengharapan …tika ku kealpaan kau bisikkan bicara keinsafan.. kau beri kekuatan tika aku diuji dgn dugaan.saat ku kehilangan,kau nyalakan harapan.saat ku keraguan,keampunan tuhan…kau katakana,rahmatnya mengatasi segalanya….

“maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?”

Friday, April 30, 2010

k.a.d.a.n.g-k.a.d.a.n.g.

kadang-kadang kita sengaja untuk tidak berhubung...
dan itu bukan bermakna wujudnya rasa lupa atau mula untuk melupakan...
tapi ia mungkin satu pelunag untuk seseorang itu merasai bagaimana rasa kehilangan, terbiasa dengan kehilangan, merelakan kehilangan dan menghargai KEBERADAAN...

*******

kadang-kadang, aku cuba untuk belajar mentafsir dan menghayati makna kesetiaan, kejujuran, juga keikhlasan.. tapi bagaimana andai kesemuanya, kesetiaan, kejujuran, juga keikhlasan mampu terus bertahan andai ia tercalar dengan keraguan?untuk itu,aku perlu kamu..

*******

kadang-kadang, kaseh sayang tak perlu ditunjuk melalui gaya verbal atau non-verbal...cukup mlalui kasihnya di hati..kerana tak semua perhatiannya dapat dilihat melalui mata kasar...tapi naluri mungkin dapat menebak..kerana itu, kaseh hakiki...

p/s: kadang-kadang itu sangat rasional apabila keadaan itu sangat patut di beri kadang-kadang..tak kira berapa banyak kadang-kadang...kerana kadang-kadang perlu di beri ruang untuk dijadikan teladan jg sempadan~

Wednesday, April 21, 2010

HITAM atau PUTIH??


hitam
ke putih? gelap ke cerah?dengan tibe2 aku cube merungkaikan entri tentang warna hitam dan putih...perlukah warna itu didiskriminasi..huhuhu...kesian si hitam..selalu saja si putih mendapat nama..disanjung dan dipuja..si hitam bagaimana?sedihnya hidup si hitam hanya hidup dalam angan utk jd spt si putih... kata org, nk jd hitam senang...nk jd putih susah.. sbb? nk jd hitam, duduk je kt tgah panas bbrape ketika..da hitam la..nk putih?susah! nk kne tonyoh itu dan ini..product tu n ini..tu pun klau bley putih...klau tak..hm...

tengok sj la watak dalam drama2...siapa yang biasanya pegang watak antagonist? kalau bkan si hitam... lalu..penonton pasti membenci dengan watak itu. terus si hitam dilihat melalui kaca mata hitam-perspektif negatif mungkin. tak pun, penah kew kamu2 smua jumpa produk kcantikan yang bley wt kulit yang hitam jd lagi hitam? laa...law ada pn, beranikah kamu membelinya?! +.+lagi....si hitam slalu di anak tirikan.. hujah ibu-ibu (biasanya) di bawah lembayung kata:
" sayang, jangan maen bawah matahari tengah2 panas ni.. nanti kulit kamu gelap.jadi hitam mahu? kalau nk maen jg, pkai sun burn..."

seolah kulit hitam itu buruk, membawa penyakit, sehingga lebih penting punya anak berkulit putih daripada membiarkan kesenangannya bermain.


kesian si hitam..slalu didiskriminasi.slalu dibanding beza dengan si putih.bukan pun dia minta begitu.tapi sudah nasibnya itu.mujur ada kisah sahabat.terubat juga la hati si hitam yang sebak. jadi pembakar semangat!
*******
kisah Amru bin Ash ketika hendak menyeru Mesir kepada Islam. Muqauqis, raja Mesir kala itu, mengirim utusan kepada Amru, meminta agar mengirimkan utusan untuk berunding dengannya. Amru bin Ash pun memilih Ubadah bin Shamit yang berkulit hitam sebagai pemimpin dari sepuluh delegasi yang ia utus untuk berunding dengan Muqauqis.

Tampaknya Muqauqis menderita penyakit diskriminasi ras. Tatkala kesepuluh delegasi tersebut masuk menghadap, Muqauqis merasa risih melihat orang yang berkulit hitam seperti Ubadah bin Shamit berada diantara mereka. Ia berkata, “Jauhkan si hitam ini dariku! Majulah seorang yang berkulit putih agar berbicara denganku!”
Namun yang lain menjawab, “Dialah ketua kami, pimpinan kami, orang yang paling utama, orang yang paling berilmu dan paling baik diantara kami, serta paling dicintai oleh Nabi kami.” Diantara kesepuluh delegasi tersebut, memang Ubadah bin Shamit yang paling utama.

Muqauqis pun merasa heran. “Apakah kalian lebih mengutamakan si hitam ini?” katanya.

Mereka menjawab, “Nabi kami SAW telah mengajarkan kami bahwa tak ada kelebihan orang Arab atas orang bukan Arab, tidak pula orang berkulit putih atas yang berkulit hitam, kecuali dengan taqwa.”

Lalu Muqauqis berkata, “Majulah engkau wahai orang hitam, dan janganlah berkata kasar kepadaku, sebab aku takut padamu!”

Kemudian majulah Ubadah bin Shamit dan berkata, “Wahai raja! Jika engkau takut kepadaku, maka ketahuilah bahwa dalam pasukan kami ada seribu orang hitam yang lebih hitam dariku. Mereka sedang menunggumu di luar kemah ini.”
Islam tidak pernah memandang orang berkulit hitam sebagai warga kelas ke-dua. Muslim telah mengangkat orang-orang berkulit hitam dalam posisi-posisi penting jauh sebelum orang berkulit hitam memperjuangkan kesetaraan ras di Amerika. Equality dalam Islam merupakan equality yang konstitutif dan praktis, bukan sekadar motto ataupun slogan kosong yang digembar-gemburkan. Wallahu a’lam.

(Sumber: Amru Khalid, Silsilah Hidayah)
*******



Apakah yang salah dengan kulit gelap atau hitam?

When I was born, I was black. When I grow up, I’m black. When I’m ill, When I die, I’m black. But you – When you’re born, you’re pink. When you grow up, you’re white. When you’re ill, you’re green. When you go out in the sun, you go red. When you’re cold, you go blue. When you die, you’re purple. And you have the nerve to call me Colored?

( Malcolm X, pejuang penghapusan diskriminasi warna kulit di Amerika Syarikat)

Monday, April 19, 2010

berat mulut...berat tulang...

BErAT mUlut.. MAcAmLah PEnuh BAtu..kaLau DisAtuKan CeRiTAkU, LeBih sEPuLuh bUku…
hurmm...ye la tue~~ ^^

Tuesday, March 30, 2010

tunggu...sang semut

wahai bala tentera- bala tentera sang semut!




di mana kamu smua? muncullah segera! aku menunggu kamu smua.menanti bantuan dari kamu org serangga. kenapa? kenapa kamu? kenapa semut? sebab kamu rajin! sehingga nama kamu termaktub dalam bidalan rajin seperti SEMUT! datanglah pada aku juga kami di sini..aku perlu kamu smua utk siapkan kerja ini..apa?
tugasan...assingment! adakah kamu tahu apa tu assingment wahai sang semut?! meh sni aku ajar! jangan duk suka suki je rajin2 pinjam gula tak ganti-ganti dr umah aku.


*******

hurm..aku lg sibuk ni..byk tanggungjawah n amanah nk kne wt..tunggu yept.. aku tunggu tentera-tentera semut, x dtg2..pa ceroh.....huhuhu +.+



labels:dalam usaha menyiapkan tugasan sambil mencari,menanti dan menunggu kelibat sang semut~

Monday, March 22, 2010

h.

hARU BIRU hATIKU hURU hARA hARIKU...

!@#$%^&*()-no comment.lu owg pk r sndri!