Sunday, May 8, 2011

TERIMA KASEH RATU HATI

Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah, "Manakah amal yang lebih utama?", Rasulullah s.a.w. menjawab; "Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah."
- Sahih Bukhari


dulu, rasa sangat suwit bila....

...."wei, hari ibu esok dah ni kan?nk wat ape?" tanya abang pada angah dan achik. kedua-dua mereka buat muka kerut. berfikir barangkali. abang terus tunggu respon dari angah dan achik. "la,kita sambutlah! jom beli kek."usul angah. ketiga-tiga mereka sengeh.nampak macam setuju dengan idea angah. "beres." abang stuju. achik diam tp tetap dengan senyuman tanda setuju juga. "tapi,kek tu berapa harganya?" tanya abang lagi. "hm..hari tu aku tengok kat kedai Selasih paling murah rm10." angah memberitahu. "duit aku tak cukup ni.min,ko ada brapa duit ko skrg?" tanya angah kepada abang."kita kongsi beli la kek tu tiga orang..ok?''sambung angah lagi. "hm..ok lah."abang setuju. achik juga mcm biasa stuju dengan kami.

maka, pergilah mereka bertiga mencari gerangan kek sempena menyambut hari ibu tersayang..cantik.kek itu warna kuning dengan ising bunga-bunga merah jambu berdaun hijau muda. "pak cik, tulis selamat hari ibu ye kat atas kek tu boleh?''tya angah pada pak cik jual kek tersebut. "boleh2"balas pak cik tu dengan sengeh tawar..=.=' achik hanya lihat saja gelagat kami. diamnya lebih banyak berbanding bersuara. mungkin kekurangan perbendaharaan kata agaknya..iyalah,walaupun dah sekolah,achik kecik lagi masa tu. "kene bayar lebih tak pak cik kalo tulis atas kek tu?"nampak sangat abang bimbang kalau-kalau tak cukup duit. "takda lah.free je." jawab pak cik kek tu. kami berpandangan.senyum terukir. dalam hati mereka,"yes! nasib baik."

.....dan begitulah salah satu cara dan usaha kami - aku dan adik2 aku mengespresikan kejutan utk ibu kami.macam-macam kami buat nk jaga kek tu selama satu malam biar mak tak perasan pun kami belikan kek tu utk hari ibu.kek tu kami sembunyikan dsbalik sayur mayur dalam peti ais. susun segala macam benda yang ada dalam peti ais tu untuk membuat pertahanan kek daripada ternampak oleh mak.tak cukup tu kami wat shif jaga peti ais lagi.huh. agak hebat + suwit bagi aku.lg2, bila ingat balik.kelakar jg....hm,sehinggalah tibanya hari esok kami meraikan ibu kami dengan penuh keterharuan dan kegumbiraan.ayah juga baca doa selamat untuk keraian itu.comel. :)

tapi sekarang....

angah da besar..angah duduk jauh ngan mak. hari ni hari ibu. nak call malu da..nak mesej?
tak pandai baca. ummi.
tp...
yang penting...
angah tetap SAYANG
ibu angah.

sebab...
angah rasa...

kadang-kadang..
perhatian, atau rasa kaseh atau rasa sayang dan cinta tu..tak perlu ditunjuk melalui gaya verbal ataupun non-verbal..cukup melalui kasih kita dihati..
dan tak semua perhatian dapat dilihat dgn mata kasar..
tapi..
naluri mungkin dapat menebak.
sebab...
kasih itu hakiki.
dan kadang2 juga ignorance atau ketidakpedulian itu juga boleh jd rasional bila keadaan itu sangat patut.. BUKAN TAK perihatin,
tapi...
untuk beri peluang dan ruang buat hati menghayati makna rindu yang bererti hakiki.. =.='

walau apa pun...siapapun kamu
atau awak...



saya nak awak tahu yang awak.....


selalu diHATIku...
dan ini...
buatmu...

doaku sentiasa mengiringimu ibu... :')

TERIMA KASEH - SAYANG!

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:
Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya:
Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layani dengan sebaik mungkin?
Rasulullah s.a.w bersabda: Ibumu.
Beliau bertanya lagi: Kemudian siapa?
Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu.
Beliau terus bertanya: Kemudian siapa?
Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu.
Beliau terus bertanya:Kemudian siapa?
Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ayahmu

No comments:

Post a Comment