Saturday, November 14, 2009

Kasih DIA. Cinta dia. Sayang kamu. (ll)

Sekali lagi persoalan itu berlalu pergi……huh! Dia mengeluh. Kosong. Padangan dia kabur. Manik-manik jernih mengalir lagi. Syahdu.
Kali ini dia berasa benar air matanya begitu murah… seperti tidak ada nilainya lagi. Terlalu murah. Inflasi. Dan ini pastinya kerana kamu. Tuhan, tolonglah dia.

Kenapa dia??kenapa perasaan ini harus ada?? Fitrah?? Huh! Dia mengeluh lagi.
Ah,persetan saja perasaan itu!!
Jeritan itu…Dia keliru. Antara jeritan saiad atau hasanadnya.

‘’ menyayangi dan mencintai seseorang itu dengan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiannya tanpa pengetahuannya dan orang lain adalah satu jihad!’’

Teringat dia tentang bicara ini dari ustaz ustazah bahkan dari sahabatnya juga.
Tapi…betul ke? Berjihadkah dia?? Mudah-mudahan….

‘sesiapa yang jatuh cinta kemudian menyembunyikan cintanya hingga kematian menjemputnya,maka dia adalah seorang yang syahid.’ (riwayat hakim,ibn asakir,al-dailami,dll)

Dalam dia mejalani hari-harinya yang sepi tetapi tetap bererti disisi sahabat sejati. Nota kuning itu tersingkap dengan bait penuh makna yang pernah dikirim daripada sahabatnya untuk dia.

Bila engkau memandang segalanya dari tuhanmu, yang mencipta segalanya, yang menciptakan ujian, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu,yang membuatkan keinginanmu terhalang,serta menyusahkan hidupmu,pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia…bukan Allah tak tahu betapa deritanya hidupmu,luluhnya hatimu,tapi mungkin itulah yang dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebegini yang selalunya lebih tersentuh,mudah untuk bertautan dan lebih mesra denganNya apabila kita sentiasa bersabar…

Sahabat nun jauh…

Ada getaran pada jiwanya saat dia membaca bait-bait ayat itu. Ingantan dia bertaut kembali mengenangkan kamu. Ingatkah kamu kepada dia? Tiadakah perasaan mengingati kamu kepada dia?? Walau sekelumit??

Eloknya peribadimu merabunkan mata batin dia dan dia juga sedar, dia harus berpaling dari mimpi ini. Apa yang dia dambakan Dalam dunia kamu yang berbeda dari hidup dia? Terpikirkah oleh akal dia Untuk dapatkan cinta yang sejati yang pasti bukan dari kamu? Terimalah seadanya wahai akal yang waras!

Ya ilahi.. kasihanilah hambaMu yang lemah ini. Engkau Maha Tahu tentang apa yang menimpa diri ini. Aku tak ingin kehilangan cintaMu. Namun Engkau juga tahu bahawa hatiku juga tak bisa mengusir pesona seorang makhluk yang Engkau ciptakan. Ilahi, berikanlah aku cawan kesejukan untuk ku letakkan embun-embun cinta yang menitis dalam dinding hatiku ini. Ya Rahman, tuntunlah aku sekalian langkahku pada jalan takdir yang paling Engkau redhai. Sesungguhnya aku serahkan hidup matiku hanya padaMu. Tuhan, andai hidupku ini lebih memberi kebaikkan untuk semua, maka Engkau panjangkanlah usiaku…tetapi, andai mati itu lebih baik untukku, Engkau matikanlah aku dengan RahmatMu..

Demi cintaNya dan cinta kamu dia berdoa. Besarnya kuasa cinta..tapi sajauh mana?

‘maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?
(surah ar-rahman)

No comments:

Post a Comment