Tuesday, November 10, 2009

rintihan rindu.simpati.

Ku pinjam cebisan lirik ini.

Rintihan rindu ku hamparkan kepadamu
Ku inginkan sebuah kerinduan
Kerinduaan yang telah ku tunggu dulu


-the fasters-

Ada makna dalam bicara itu.mampu menggetarkan jiwa aku untuk simpati pada kamu.tolong jangan buat aku simpati sama kamu lagi.aku tidak kejam.aku juga bukan kejam.tapi simpati ini aku tidak harus beri untuk kamu. Aku tidak mahu aku suka kamu kerana aku simpati sama kamu.

Tp…hati ini sangat lembut.mudah untuk menerima simpati. Nyanyian yang dilagukan itu mampu meraih sedikit sebanyak simpati aku untuk kamu. Sekali lagi, tapi…kamu perlu tahu, simpati aku bkan bermakna tertumpahnya suka aku utk kamu. Maaf untuk itu!

*********************

“kamu jgn menangis ya”, itu kata aku untuk dia. “pasti ada hikmah dia pergi. Perginya pn bkn kemana kn”.senangnya aku berbicara begitu pada kamu. aku tidak ditempat kamu.tp,Aku faham perasaan kamu. Aku juga sama seperti kamu. Punya rasa sedih. Aku tidak menangis kerana aku adalah akar bagi kamu kamu saat ini. Namun, tetap saja hati aku menangis hiba. kamu kawan aku. Jatuh juga air mata aku dibelakang kamu. Harap kamu tidak tahu. Aku perlu jadi tabah dan gagah di hadapan kamu. Juga di sisi kamu.

Kamu pantas saja merindui dia.sebab dia ayah kamu kan.. rinduilah dia. Dan teruslah merinduinya. Itu yang sepatutnya. Tak ada batasan pun antara rindu kamu dgn dia. Ya, walau kamu dan dia di alam yang berbeza. Kamu harus ingat, hati dan jiwa kamu tetap bersua… tidak kira kamu di sini dan dia di atas sana. Kita ada yang Maha Esa. Doa kamu dapat mengiringinya untuk mengkhabarkan rindu kamu kepadanya.

Kamu mesti ingat itu!

-rindu kamu pada ayahanda..dan aku simpati dgn kisah kamu-
01.01am101109

No comments:

Post a Comment